Jumaat, 13 Februari 2015

MB: TGNA rapatkan saf kepimpinan Pakatan

Oleh: AFIX REDZUAN


KOTA BHARU: Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi makna besar kepada lanskap politik negara terutama dalam penyatuan parti pembangkang sejak penubuhan Barisan Alternatif (BA) sehingga menjadi Pakatan Rakyat (PR).

Hal itu termasuk falsafah politik beliau yang mengamalkan kesederhanaan dan integriti yang baik sepanjang memerintah.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pemergian mantan Menteri Besar Kelantan itu kehilangan yang cukup besar bukan sahaja kepada PAS dan umat Islam tetapi untuk negara serta rakyat Malaysia keseluruhannya.
karpal_nikaziz2
Katanya, Nik Aziz satu-satunya ulama dan sarjana Islam yang mempamerkan ciri kepimpinan yang mulia dan terpuji serta mengambil pendekatan sederhana dalam tindakan juga perjuangannya.

“Sebab itu beliau disenangi dan dihormati bukan sahaja oleh umat Islam tetapi rakyat pelbagai kaum dan agama kerana melihat kepimpinannya yang cukup adil juga saksama serta memiliki akhlak mulia yang menjadi contoh generasi kini.

“Peranan paling penting beliau apabila berjaya memperkukuhkan Barisan Alternatif kemudiannya PR, sejak tahun 1998.
azmin
“Peranan beliau cukup besar dalam merapatkan hubungan dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga kita berjaya mencatatkan prestasi membanggakan dalam beberapa pilihan raya lalu,” katanya kepada Selangor Kini.

Nik Aziz, 84, meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sebelum melepaskan jawatan akibat faktor kesihatan.-NFN-

Tiada ulasan: