Tindakan pantas Pejabat Perdana Menteri dalam mengeluarkan kenyataan
berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Datuk Seri Anwar
Ibrahim menimbulkan kritikan baru.
Kritikan tersebut timbul kerana tindakan perdana menteri tidak setangkas itu apabila menghadapi tragedi seperti kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perdana Menteri hanya mengadakan sidang media pada malam kejadian pada 8 Mac.
Dalam kes penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai lalu, para pengkritik mendakwa PMO mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan kenyataan.
Najib mengadakan sidang media pada dinihari berhubung kes pesawat malang tersebut.
Dalam kes bencana banjir yang melanda pantai timur semenanjung pada Disember lalu, PMO juga hanya memberi reaksi beberapa hari kemudian.
Najib juga dilaporkan bergegas pulang selepas gambar menunjukkan beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii muncul di Internet.
Namun, PMO tangkas mengeluarkan kenyataan berhubung sabitan kes Liwat II semalam hanya dalam tempoh 15 minit, malah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar.
Mengulas kritikan tersebut, PMO menjelaskan bahawa kenyataan tersebut sudahpun disediakan lebih awal.
Seorang jurucakap kerajaan berkata, dakwaan yang menimbulkan perkara sebaliknya dianggap "mengelirukan".
Jelasnya, tindakan kerajaan itu sama dengan persediaan yang dijalankan oleh redaksi berita yang menyediakan dami laporan bagi keputusan yang mungkin diputuskan mahkamah.
“Jelas sekali ahli politik, peguam, pasukan komunikasi dan wartawan yang terlibat dengan kes ini menyediakan teks untuk keputusan bersalah dan tidak bersalah.
"Begitu juga, kerajaan menyediakan kenyataan lebih awaal untuk kedua-dua keputusan yang mungkin timbul.
"Ini secara keseluruhan adalah amalan profesional standard, terutama dalam kes melibatkan kepentingan awam," kenyataan itu dipetik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan