Jumaat, 13 Februari 2015

Hukum penjara lima tahun Anwar tidak terlalu berat, kata Mahkamah Persekutuan

THE MALAYSIAN INSIDER



Mahkamah Persekutuan kata hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak terlalu berat. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 13 Februari, 2015.Mahkamah Persekutuan kata hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak terlalu berat. – Gambar oleh The Malaysian Insider.


Hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu, tidak terlalu berat, menurut Mahkamah Persekutuan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan selepas menimbangkan keseriusan kesalahan meliwat dan fakta bahawa Anwar telah mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai majikan kepada seorang mangsa yang masih muda.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman bertulis setebal 116 muka surat yang dikeluarkan hari ini.


Beliau merujuk kepada satu kes undang-undang yang menyebut bahawa menjatuhkan hukuman merupakan soal budi bicara, mahkamah yang mendengar rayuan perlu teliti dalam mentafsirkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah lebih rendah. Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Arifin berkata berhubung rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara, panel hakim yang diketuainya berpandangan bahawa hukuman tidak boleh dikatakan sebagai tidak memadai yang memerlukan campur tangan mahkamah tertinggi.

Oleh itu, katanya mahkamah menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara itu, dan rayuan balas pihak pendakwaan.

"Hukuman diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dengan ini disahkan," kata Hakim  Arifin yang mengetuai panel lima hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 10 February, Anwar gagal dalam rayuan akhirnya bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Arifin, semasa membacakan penghakiman pada hari berkenaan, berkata panel yakin sepenuhnya yang melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Saiful telah diliwat oleh Anwar dan beliau (Anwar) tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Beliau berkata keterangan saintifik (perubatan dan bukti DNA) dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan sel sperma milik Anwar ditemui dalam bahagian bawah dan atas rektum Mohd Saiful.

"Satu-satunya penjelasan yang logik bagi keadaan ini adalah PW1 (Saksi Pertama Pihak Pendakwaan Mohd Saiful) semestinya telah diliwat oleh perayu (Anwar)," katanya.

Anwar diwakili pasukan 15 peguam bela yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas lagi peguam bela ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sebanyak 27 saksi pihak pendakwaan termasuk saksi utama Mohd Saiful, dan lapan saksi pihak pembelaan termasuk Anwar memberi keterangan dalam perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun di Mahkamah Tinggi yang turut mendapat perhatian di seluruh dunia.

Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti 100% dengan integriti

sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada mangsa.

Mahkamah memutuskan sampel itu mungkin telah diusik sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful dan memutuskan hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

Hukum penjara lima tahun Anwar tidak terlalu berat, kata Mahkamah Persekutuan



Mahkamah Persekutuan kata hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak terlalu berat. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 13 Februari, 2015.Mahkamah Persekutuan kata hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak terlalu berat. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 13 Februari, 2015.Hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu, tidak terlalu berat, menurut Mahkamah Persekutuan.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan selepas menimbangkan keseriusan kesalahan meliwat dan fakta bahawa Anwar telah mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai majikan kepada seorang mangsa yang masih muda.
Beliau berkata demikian dalam penghakiman bertulis setebal 116 muka surat yang dikeluarkan hari ini.

Beliau merujuk kepada satu kes undang-undang yang menyebut bahawa menjatuhkan hukuman merupakan soal budi bicara, mahkamah yang mendengar rayuan perlu teliti dalam mentafsirkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah lebih rendah. Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Arifin berkata berhubung rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara, panel hakim yang diketuainya berpandangan bahawa hukuman tidak boleh dikatakan sebagai tidak memadai yang memerlukan campur tangan mahkamah tertinggi.
Oleh itu, katanya mahkamah menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara itu, dan rayuan balas pihak pendakwaan.
"Hukuman diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dengan ini disahkan," kata Hakim  Arifin yang mengetuai panel lima hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Pada 10 February, Anwar gagal dalam rayuan akhirnya bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.
Arifin, semasa membacakan penghakiman pada hari berkenaan, berkata panel yakin sepenuhnya yang melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Saiful telah diliwat oleh Anwar dan beliau (Anwar) tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
Beliau berkata keterangan saintifik (perubatan dan bukti DNA) dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan sel sperma milik Anwar ditemui dalam bahagian bawah dan atas rektum Mohd Saiful.
"Satu-satunya penjelasan yang logik bagi keadaan ini adalah PW1 (Saksi Pertama Pihak Pendakwaan Mohd Saiful) semestinya telah diliwat oleh perayu (Anwar)," katanya.
Anwar diwakili pasukan 15 peguam bela yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Empat belas lagi peguam bela ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.
Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sebanyak 27 saksi pihak pendakwaan termasuk saksi utama Mohd Saiful, dan lapan saksi pihak pembelaan termasuk Anwar memberi keterangan dalam perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun di Mahkamah Tinggi yang turut mendapat perhatian di seluruh dunia.
Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti 100% dengan integriti
sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada mangsa.
Mahkamah memutuskan sampel itu mungkin telah diusik sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful dan memutuskan hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hukum-penjara-lima-tahun-anwar-tidak-terlalu-berat-kata-mahkamah-persekutua#sthash.OL0VTOth.dpuf

Tiada ulasan: