Sabtu, 7 Februari 2015

'Bantahan di S'wak jadi mesej buat SPR'

MALAYSIAKINI


 


Gabungan NGO BERSIH percaya bahawa bantahan ke atas usaha persempadanan semula kawasan di Sarawak menggambarkan kesedaran rakyat tentang kepentingan proses itu.

Selain itu, ia juga memberi mesej kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya "tidak melakukan kecurangan dan manipulasi" kawasan pilihan raya, kata gabungan NGO itu.

Ia mendapati, sebanyak 38 lagi bantahan direkodkan pada tahun ini, menjadikan 64 kesemuanya untuk 2015.

Perkembangan itu dianggap sebagai “satu sejarah” bagi warga negeri ini memandangkan hanya 26 bantahan yang direkodkan sedekad lalu.

SPR perlu menghormati bantahan tersebut mengikut Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan, kata BERSIH dalam kenyataannya.

“(SPR perlu) melakukan proses inkuiri terbuka seperti mana yang diperuntukan bawah perlembagaan persekutuan," kata BERSIH.

Sebanyak 64 bantahan itu dikemukakan ke atas Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh semalam dilaporkan sebagai berkata, beliau akan meneliti setiap bantahan sama ada ia memenuhi syarat untuk mengadakan sesi siasatan tempatan atau sebaliknya.

Tiada ulasan: