Balai
raya pertama di Kampung Padang Jawa yang diwujudkan untuk aktiviti
kampung, sebelum digantikan dengan Dewan MBSA Padang Jawa.
PADANG Jawa satu nama yang cukup sinonim bagi rakyat
Selangor. Ia satu-satunya kampung tradisi masih kekal di dalam kawasan
Bandaraya Shah Alam.
Uniknya kampung tradisi ini, ia dibahagikan kepada dua daerah iaitu Petaling dan Klang, malah turut ditadbir dua PBT berbeza iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Paling menarik, Padang Jawa turut dikendalikan dua ketua kampung berbeza.
Sejarah silam asal usul Padang Jawa yang wujud lebih 160 tahun lalu hampir sama dengan bangunnya Bandar Diraja Klang.
Di awal pembukaannya, Padang Jawa merupakan tanah pertanian dan terkenal dengan dusun buah-buahan, manakala sebahagian penduduknya bekerja sebagai penoreh getah.
Sebelum Sungai Klang dicemari sisa pembangunan, rata-rata penduduk di Padang Jawa bekerja sebagai nelayan yang menjadikan ikan air tawar, udang galah dan udang belacan sebagai hasil tangkapan.
Kisah asal usul Kampung Padang Jawa disingkap Ketua Kampung ketujuhnya, Saian Asmari yang sudah enam tahun mengemudi pentadbiran kampung itu.
Wak Kairan peneroka pertama
Asalnya Padang Jawa ini diteroka oleh seorang pendekar yang terkenal dengan ilmu persilatan dan gagah berani, malah dikhabarkan memiliki kekuatan yang sukar ditandingi.
Wak Kairan yang berasal dari Jawa Tengah adalah individu pertama yang mula menebas, membersihkan hutan dan semak samun, pendek kata beliau yang mewujudkan Padang Jawa ini.
Dikhabarkan Wak Kairan mempunyai ilmu persilatan yang sangat tinggi dan memiliki tenaga yang amat luar biasa malah pernah bertarung dengan musuhnya di kawasan stesen kereta api selama tujuh hari tujuh malam tanpa berhenti rehat.
Dikatakan juga, beliau mampu menarik dan memberhentikan kereta api yang sedang bergerak.
Apabila beliau meninggal dunia, Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan di hujung kampung. Selepas itu kuburnya dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan baharu yang terletak berhampiran Lebuh Raya Persekutuan.
Asal nama Padang Jawa
Merujuk kamus Jawa, Padang membawa maksud membersihkan atau menerangkan kawasan dan kerja-kerja penerokaan itu dilakukan oleh Wak Kairan iaitu seorang Jawa. Susulan itu kampung ini dinamakan Padang Jawa.
Setelah era kemerdekaan, kawasan-kawasan ini dijaga di bawah satu jagaan ketua kampung dengan menggunakan nama Kampung Padang Jawa.
Bermula tahun 80an, apabila berlaku persempadanan semula daerah, kampung ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Padang Jawa Daerah Klang dan Kg Padang Jawa Daerah Petaling.
Kampung Padang Jawa Daerah Klang dan Kg Padang Jawa Daerah Petaling diketuai masing-masing oleh seorang ketua kampung, manakala sempadannya ialah Jalan Besar Padang Jawa Klang.
Padang Jawa juga mempunyai beberapa kisah mitos, salah satunya Batu Gajah yang mengikut dongengnya, seekor gajah cuba berenang untuk merentasi Sungai Klang.
Ketika tiba di tengah sungai, gajah itu dihalang oleh sejenis makhluk dipanggil Sang Kelembai. Sumpahan itu menyebabkan gajah tersebut menjadi batu dan terletak betul-betul di tengah sungai.
Pada suatu masa dahulu, apabila air sungai surut, batu tersebut akan kelihatan dan menjadi kawasan pusaran air.
Sejak itu, kawasan tersebut dikenali dengan nama Batu Gajah iaitu Sungai Seksyen 17, Shah Alam. Batu gajah boleh dilihat ketika bulan mengambang dan hanya akan timbul ketika air sungai surut.
Begitu juga kisahnya, dengan masjid asal Padang Jawa yang dikatakan suci pada awal ia dibangunkan.
Difahamkan, sekiranya sesiapa tidur di situ dalam keadaan tidak bersih, orang itu akan dipindahkan ke tempat lain misalnya tepi kolam atau dalam keranda, namun kini perkara aneh itu tidak berlaku lagi.
Sejarah yang hilang
Suatu masa dahulu, Sungai Klang kaya dengan khazanah alam di mana di kiri kanan tebing ditumbuhi pokok nipah dan berembang, malah turut menjadi tempat pembiakan kelip-kelip.
Kawasan itu juga terkenal dengan habitat buaya tembaga. Malah ada seorang penduduk di sini yang digelar Karim Buaya kerana hobinya memancing buaya.
Karim Buaya terkenal kerana kecekapan dan keberaniannya menangkap haiwan ganas itu.
Bagaimanapun, sungai yang menjadi sumber rezeki penduduk itu kini musnah bersama peredaran kemajuan.
Mercu tanda Padang Jawa ialah stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang pada era 1940-an kampung itu mempunyai dua stesen kereta api.
Satunya, stesen kereta api berhampiran Jambatan Baily Connought Bridge tempat persimpangan kereta api menghala ke Kuala Selangor dan ke Klang.
Kini, landasan kereta api yang menghala ke Kuala Selangor ditutup memandangkan tidak diperlukan lagi.
Stesen kereta api dari Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur hari ini diganti dengan sistem baharu yang dikenali sebagai komuter yang mempercepatkan perjalanan.
Padang Jawa abad ke-21
Meskipun masih kekal sebagai kampung tradisi, Padang Jawa yang berkeluasan lapan kilometer persegi itu dihuni seramai 25,000 penduduk yang terdiri daripada semua kaum dan warganegara.
Kampung itu memiliki kemudahan infrastruktur yang serba lengkap dengan adanya sebuah masjid, sekolah kebangsaan, klinik desa, tanah perkuburan, stesen kereta api, klinik desa termasuk pusat komersial Alam Avenue juga merancakkan lagi pembangunan ekonomi di situ.
Bahkan mercu tanda lain Padang Jawa ialah Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

1 ulasan:
BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com
Catat Ulasan