SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
menangguhkan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) untuk memberi keterangan dalam kes penyalahgunaan kuasa oleh Tun
Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan kerana ingin meluangkan masa
bersama ahli keluarganya sebelum keputusan rayuan kes liwat diketahui
pada Selasa depan.
"SPRM memang tunggu tarikh daripada saya tapi saya minta tangguh sebab dalam tempoh yang singkat ini saya tertekan dengan permintaan keluarga untuk berjumpa," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali 'Hubungan Etnik di Malaysia' di sini, Khamis.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sekiranya dibebaskan pada Selasa depan, beliau akan memberikan ruang yang secukupnya untuk bekerjasama dengan SPRM kerana perjumpaan tersebut memakan masa yang agak lama.
Namun, jika sebaliknya berlaku, beliau menjemput SPRM untuk mengambil keterangan di dalam penjara.
"Saya persilakan SPRM (untuk ambil keterangan) ke penjara mana... penjara Kajang... ke penjara Sungai Buloh," katanya.
Namun, Anwar berkata SPRM tidak mempunyai masalah untuk mendapat bukti mengenai kes tersebut kerana mereka boleh mendapatkan rekod mengenai dakwaan berkenaan dari Jabatan Perbendaharaan.
"Mereka boleh dapatkan bukti dari Jabatan Perbendaharaan. Saya tak terlibat dalam rundingan Umno sedangkan isu ini sudah lama sejak tahun 1999 lagi. Saya juga pernah serahkan bukti ke mahkamah," katanya.
Terdahulu, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau mempunyai bukti mengaitkan Daim dengan penyalahgunaan kuasa.
Ketua Pembangkang itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika badan itu ingin memulakan siasatan terhadap Daim.
Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan