Selasa, 10 Februari 2015

ADUN PKR ditahan di Putrajaya

MALAYSIAKINI


 


Seorang  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR ditahan di belakang Istana Kehakiman ketika polis membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar daripada bangunan itu.

Tan Kar Hing (Simpang Pulai) ditahan di belakang kawasan mahkamah kira-kira 3.15 petang ini.

NGO hak asasi manusia Suara rakyat Malaysia (Suaram) berkata beliau kini ditahan di  Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya dan mengecam tindakan itu.

“Oleh itu SUARAM menyeru orang ramai untuk menghubungi IPD Putrajaya di talian 03-88862222 bagi mendesak pembebasan YB Tan Kar Hing dengan segera,” menurut kenyataan segera Suaram.

Sementara itu, keadaan di sekitar kawasan mahkamah aman walaupun terdapat sedikit ketegangan sebelum ini selepas Anwar diputuskan bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan.

Keadaan itu memaksa polis antirusuhan FRU mengeluarkan dua kali amaran sebelum penyokong ketua pembangkang itu beredar.

Tiada ulasan: