Selasa, 13 Januari 2015

Serpihan jatuh di laluan LRT Kelana Jaya, penumpang dinasihat cari pengangkutan alternatif

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Serpihan kayu yang jatuh telah menyebabkan kerosakan terhadap landasan LRT Kelana Jaya dan penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.
 
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin oleh Prasarana Malaysia Berhad, serpihan dari tapak pembinaan berhampiran Stesen Kerinchi jatuh betul-betul di atas landasan pada pukul 2.30 petang, merosakkan trek dan sistem isyarat.
 
Pembaikan sedang dijalankan dan dijangka akan berterusan sehingga pukul 9 malam Isnin.
 
Perkhidmatan ke stesen Kerinchi telah dihentikan buat masa ini dan kereta api beroperasi di laluan alternatif.
 
"Kerja-kerja sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL untuk membaiki kerosakan.
 
"Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan supaya mengambil kaedah pengangkutan awam alternatif. Rapid KL meminta maaf atas kesulitan yang dialami," kata kenyataan itu.

Tiada ulasan: