shahbudindotcom
Jokowi
ketika itu dilaporkan berkata, pendekatan menenggelamkan itu didapati
paling berkesan untuk mencegah pencerobohan nelayan asing daripada terus
berlaku dan juga untuk menjaga kepentingan nelayannya sendiri.
Kita
akan akan tangkap dan selamatkan dulu nelayan-nelayan yang menceroboh
itu sebelum kapalnya kita letup dan tenggelamkan, demikian Presiden
Indonesia daripada golongan marhaen itu dilaporkan memberi amarannya
tidak lama dahulu.
Hari
ini sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, pemerintah
Indonesia telah membuktikan kata-kata itu dengan meletupkan sebuah kapal
nelayan tunda yang dipercayai milik Malaysia di perairan Pulau Pandan,
Sumatera Utara.
Sebelum
ia diletupkan, kesemua empat orang anak kapalnya daripada warganegara
Myanmar telah diselamatkan terlebih dahulu dan mereka akan dihantar ke
Jabatan Imigresen sebelum diibenarkan pulang.
Meskipun
ada yang menganggap tindakan Indonesia itu keterlaluan tetapi Presiden
Jokowi telah membuktikannya dirinya seorang pemimpin negara yang tegas
dan lebih mengutamakan kepentingan rakyatnya berbanding rakyat luar.
Dilihat
lemah-lembut, bertubuh kurus dan bercakap pun tidak menjerit-jerit,
namun sebaliknya Jokowi telah membuktikan sikap tegasnya yang terpuji
sebagai pemimpin.
Walaupun
kita sebangsa dan serumpun dengan Indonesia, kita sebenarnya tidak
boleh marah atau berasa hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Jokowi
itu kerana ia menunjukkan sikap dan pendiriannya yang lebih mengutamakan
rakyatnya sendiri.
Sudah
tentu pendirian Jokowi itu mendapat pujian daripada rakyatnya. Jika
pemimpin kita pun lebih mengutamakan rakyat sendiri berbanding rakyat
luar, sudah tentu juga pujian yang akh diterimanya.
Ada
nilai-nilai yang perlu pemimpin kita belajar daripada ketegasn Jokowi
itu. Kecuali dalam era kepimpinan Mahathir yang bersikap tegas dalam
mempertahankan hak-hak negara sendiri, kepimpinan selepasnya dilihat
amat lembut dengan negara asing dan juga negara jiran.
Lihat
saja bagaimana ketika era Pak Lah dan Najib Razak ini dalam berurusan
dengan Singapura misalnya. Kita bukan saja lembut dan sering mengalah,
tetapi juga seolah-olah suka dilihat kalah dan menunduk kepada negara
jiran itu.
Dengan
negara besar seperti Amerika Syarikat lebih lagilah mengalahnya kita
sehingga antara golf dan banjir besar pun, pemimpin kita gagal membuat
pertimbangan yang mana satu keutamaan yang harus didahulukan.
Begitu
juga dalam beberapa isu yang melibatkan kaum dan agama, pemimpin negara
kita kerapkali gagal bertindak sewajarnya berlandaskan peruntukan
undang-undang dan keutamaan sehingga menyebabkan ketegangan kaum dan
agama terus berlaku dan berulang-ulang sehingga kini.
Dengan
tindakan Jokowi menunaikan janjinya untuk meletup dan menenggelamkan
kapal nelayan yang menceroboh perairannya, ada nilai-nilai ketegasan
yang perlu pemimpin kita, terutamanya Najib Razak, perlu belajar
daripada pemmpin Indonesia yang bertubuh kurus dan berwajah kekampungan
itu.
Janganlah terlalu lembut, diam, senyap dan lebih suka tidak berbuat apa-apa dalam negara yang semakin banyak masalah ini.
Mahathir
berulangkali menyatakan, "jadi pemimpin mestilah tegas dan berani".
Anwar Ibrahim juga menyatakan, "kalau tiada sifat berani, jangan jadi
pemimpin".
1 ulasan:
Bot saja malaysia.Anak buahnya myanmar - apa nak dikisah jika dikembalikan ke burma. Oh ya tapi bagaimana mereka boleh berada dimaraysia sebegitu sekali.
Catat Ulasan