shahbudindotcom
Sejak
memegang jawatan itu seiring dengan Najib menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri pada 2009, beliau dilihat lebih banyak menjadi beban
berbanding aset kepada parti.
Namun
demikian, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengubah keadaan itu
kerana hubungannya yang rapat dan sering menampakkan wajahnya di
belakang Najib dalam banyak program anjuran UMNO.
Melalui
jawatannya sebagai Setiausaha Kerja itu, Abd Rauf juga kini sudah
meningkat setakuk lagi kedudukannya dalam parti iaitu menjadi Ketua UMNO
Bahagian Masjid Tanah, Melaka sejak 2013 lalu.
Berdasarkan
keputusan pilihanraya 2013 dan prestasi UMNO yang terus dipertikaikan
serta menilai rungutan yang bertali arus itu, para penasihat Najib
dikatakan mula melihat kewajaran perlunya meletakan calon baru sebagai
Setiausaha Kerja UMNO.
Calon
yang sudah dipersetujui ialah Mohd Sufian Awang, bekas Exco Pemuda UMNO
dan bekas Ketua Pemuda UMNO Kuantan serta pernah berkhidmat sebagai
Setiausaha Politik kepada Jamaluddin Jarjis tetapi diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.
Mohd
Sufian juga pernah menjadi calon BN bagi Parlimen Kuantan pada PRU 13
lalu tetapi kecundang kepada calon PKR, Puziah Salleh.
Kedudukan
beliau sebagai orang muda yang berlatarbelakangkan profesion
undang-undang dilihat oleh para penasihat Najib mampu membawa imej lebih
baik kepada UMNO bagi menghadapi cabaran mendatang.
Bagaimanapun,
Abd Rauf sehingga ini dikatakan enggan melepaskan jawatannya itu dan
ini menjadikan usaha meletakkan Sufian di kerusi pentadbiran UMNO itu
tersangkut di pertengahan jalan.
Dalam
satu insiden, Abd Rauf juga dikatakan "menyergah" Sufian dengan
mengatakannya belum layak memegang jawatan Setiausaha Kerja kerana tidak
mempunyai hubungan yang serapatnya dengan Presiden serta kebanyakan
pemimpin utama UMNO yang lain.
Beliau
malah mencadangkan Suffian yang kini bertugas di Prima atau Perumahan
Rakyat 1Malaysia, agar menjadi "protegenya" sekurang-kurangnya selama
dua tahun terlebih dahulu jika ingin mengambil alih tempatnya.
Dalam
masa yang sama, persetujuan menukar Abd Rauf yang dicadangkan oleh para
penasihat di Putrajaya itu tidak pula mendapat respon positif daripada
Najib dan beliau seolah-olah enggan bertegas untuk meminta Abd Rauf
melepaskan jawatannya itu walaupun ia jelas lebih baik untuk masa depan
parti.
Ini
menjadikan, walaupun nama Sufian telah diketahui ramai bakal menjadi
Setiausaha Kerja UMNO yang baru tetapi masih belum dapat dipastikan bila
beliau boleh memulakan tugasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan