Ahad, 12 Oktober 2014

Pembalakan Sarawak dipersoalkan

 
Pematuhan pengurusan perhutanan yang baik merupakan faktor utama dalam kebolehan Sarawak untuk mengekalkan pengeluaran balaknya.

Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan
LAWAS: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar kedua Awang Tengah Ali Hasan berkata sementara Kerajaan Sarawak berusaha untuk membangunkan negeri dengan menggunakan sumber balaknya, mereka dilempar dengan kritikan dan tuduhan tidak berasas yang mempersoalkan polisi perhutanannya terutama sekali sektor pembalakannya.

“Pengkritik kami risau pembalakan kami akan merosakkan hutan,” kata beliau kelmarin semasa upacara pecah tanah Forest Trails and Salt Processing House di SK Ba’ Kelalan, Buduk Bui, Ba’Kelalan.

“Kononnya jika pembalakan kami tidak dapat dihalang, ia akan menyebabkan pemanasan dunia.”
Awang Tengah yang juga merupakan Menteri Sumber Awam berkata sebanyak 100,000 pekerjaan telah diwujudkan melalui industri pembalakan.

Di samping itu, melalui penyelidikan dan pembangunan yang merupakan keutamaan mereka, industri itu telah berjaya menggunakan teknologi canggih untuk mempelbagaikan pengeluaran produk berasakan kayu seperti papan serpai, venir dan kertas dinding.

“Industri pembalakan telah menyumbang kepada pertukaran asing negeri yang mencapai RM 7 billion setahun,” kata beliau.

Awang Tengah berkata pembangunan lain yang wujud hasil daripada aktiviti yang berkaitan dengan pembalakan adalah jalan raya yang boleh digunakan oleh masyarakat pedalaman walaupun jalan tersebut berlumpur.

Pematuhan pengurusan perhutanan yang baik merupakan faktor utama dalam kebolehan negeri itu untuk mengekalkan pengeluaran balaknya dan menjana pendapatan royalti di antara RM500 dan RM700 juta setahun.

Beliau berkata bahawa dengan pendapatan ini, kerajaan dapat meneruskan program pembangunannya tanpa meminta bantuan daripada orang luar.

“Dalam masa beberapa tahun, Sarawak telah membangun dari segi pembangunan sosio-ekonomi melalui aktiviti berasaskan pembalakan,” kata beliau.

Tiada ulasan: