Maka itu pesta arak yang pertama kali
diadakan di negara ini adalah suatu provokasi jahat yang boleh
menimbulkan kemarahan yang tidak terkawal.
PETALING JAYA: Awang Selamat hari ini telah bertanya di Mingguan Malaysia kenapa Pesta Arak Oktoberfest diteruskan di tempat letak kereta pusat beli belah 1 Utama Petaling Jaya mulai kelmarin tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat.
“Selain dari itu pemimpin-pemimpin kita termasuk seorang dua menteri juga minum arak. Jika dulu secara terbuka tetapi sekarang secara tertutup. Maka itu kenapakah kita mahu menggemparkan penganjuran Pesta Arak,” soalnya.
Menurut bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin jawapan kepada pertanyaan Awang Selamat, betapa demokratik pun tetapi pesta arak tidak pernah diadakan di negara ini sekalipun di zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang membenarkan adanya Bar atau Pub di Parlimen.
“Penganjurannya adalah dalam rangka usaha untuk mencabar tindakan kerajaan di bawah Akta Hasutan 1948 dan jika tindakan diambil maka ini akan menjadi suatu lagi bukti bahawa kerajaan Malaysia tidak bersikap demokratik untuk ditunjukkan oleh pembangkang dan bukan Islam kepada dunia.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganjurkan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dengan tujuan untuk membentuk masyarakat berfikiran rasional dan sederhana di negara ini dan menggambarkan kepada dunia liberalisme Malaysia dalam beragama tetapi kepada ukuran Barat dan juga bukan Islam mencegah pesta arak bukanlah suatu amalan sederhana sebab minuman ini diterima sebagai amalan masyarakat antarabangsa,” katanya di blog zamkata.blogspot.com.
Tambahnya, orang Umno sendiri yang mewakili Najib dalam mempromokan GMM mahu menunjukan mereka lebih liberal dan lebih progresif dari Najib sendiri sehingga mendatangkan masalah kepada Umno dan negara dengan menganjurkan Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama Abad ini’ dengan menjemput tokoh liberal agama dari luar.
“Fahaman akhbar The Star yang diberikan tanggungjawab oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mempromokan GMM juga telah menyeleweng dari hasrat rakyat setia yang menyokong kerajaan.
“Pendekatan Najib kearah ‘democratisation’ sebenarnya lebih banyak mendatangkan masalah kepada imej negara, bangsa dan agama dan juga kepada beliau sendiri dan bukannya menyelesaikan masalah sebaliknya mencetuskan masalah,” jelasnya.
Ujarnya, pesta Arak yang mungkin akan dituruti oleh pesta lesbian dan gay, pesta dadah, pesta hidup tanpa agama dan sebagainya tentunya akan dapat membantu mempertingkatkan lagi imej Najib sebagai pemimpin Malaysia yang paling demokratik dan liberal di abad ini berikutan dengan populariti yang telah dicapainya di kalangan antarabangsa dengan langkah penghapusan ISA dan hasratnya untuk meminda Akta Hasutan 48,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan