7.50 pagi: Keadaan di tempat penamaan
calon Majlis Tanah Jajahan Tumpat masih lagi terkawal dan para pegawai
SPR sudah mula memasuki Dewan majlis Jajahan tumpat.
8.30 pagi: Calon PAS tiba dan penyokong PAS
mengiringi calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim ke tempat penamaan calon di
Pejabat Tanah Jajahan Tumpat
Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Turut hadir Tian Chua, Shamsul Iskandar dan pemimpin-pemimpin DAP.
8.40 pagi: Kedua-dua calon dari BN dan PAS tiba di
tempat penamaan calon bertempat di Pejabat Tanah Jajahan Tumpat yang
diiringi pemimpin tertinggi parti masing-masing.
9.00 pagi: Semua calon diiringi penyokong dan pencadang memasuki Dewan Pejabat Tanah Jajahan Tumpat.
9.45 pagi: Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di tempat penamaan calon sambil diiringi laungan “takbir” .
10.00 pagi : Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat
berangkat pulang dari tempat penamaan calon sambil mendapat laungan
“takbir” daripada penyokong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan