Jumaat, 12 September 2014

Pengarah LP digantung tugas serta merta

 
Sementara itu, segala tugasan beliau akan diambil alih oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Keguruan sehingga kes itu disiasat.


Dr Na'imah Ishak


PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr Na’imah Ishak berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Menurut Muhyiddin, Pengarah Lembaga Peperiksaan perlu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut kerana ia telah menjejaskan integriti kementerian dan peperiksaan awam.

Katanya lagi, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Keguruan, Misrah Ibrahim akan memangku tugas sebagai pengarah Lembaga Peperiksaan buat sementara sehingga kes itu disiasat.

Selain itu, Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Peperiksaan, Dr Wan Ilias Wan Salleh turut digantung tugas berkuatkuasa serta-merta.

Pada Rabu, Lembaga Peperiksaan mendapati kertas soalan Sains 018 (sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi UPSR 2014) yang dijadualkan semalam bocor dan pelajar perlu mengambil peperiksaan tersebut pada 30 September ini.

Tidak sampai 24 jam selepas itu, lembaga tersebut mendapati kertas soalan Bahasa Inggeris 1 dan 2 pula (melibatkan SK) juga bocor dan menetapkan pelajar mengambil peperiksaan kertas itu juga pada 30 September ini.

Tiada ulasan: