PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
TUMPAT - Umno yakin calon BN, Mat Razi Mat Ail  mampu meraih sokongan rakyat untuk mempertahankan kemenangan BN pada PRK Dun Pengkalan Kubor.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Razi adalah calon terbaik yang elok dari segi sifatnya kerana beliau antara lain adalah 'orang masjid'.

Bagaimanapun, Mustapa tidak menafikan setiap manusia itu ada kelemahan dan cacat celanya.

"Kita bersyukur pengumuman terhadap calon diterima baik berdasarkan riak wajah penyokong atas pagar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Gerakraya PRK N01 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Biji Wangsa, di sini, sebentar tadi.