Ahad, 3 November 2013

Tanggungjawab SKMM kaji Astro naikkan harga perkhidmatannya - Timbalan Menteri

ANTARA POS.COM

Post Pic


SHAH ALAM: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengkaji tindakan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan kadar perkhidmatannya sebelum perkara itu dipanjangkan ke kementeriannya untuk tindakan lanjut.

Datuk Jailani Johari berkata SKMM perlu mengambil kira isu-isu berbangkit pengguna Astro seperti program ulangan dan sebagainya dalam kajiannya.

"Saya ada dengar isu kenaikan harga Astro. SKMM selaku satu badan kawal selia mungkin sudah dimaklumkan perkara itu.

"Apa-apa kajian yang dibuat pihak SKMM perlu ambil kira isu-isu yang dibangkitkan pengguna Astro sebelum ini seperti program ulangan dan sebagainya, sebelum diajukan kepada pihak kementerian untuk buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili kerajaan pada majlis resepsi sempena sambutan King's Day bagi negara Belgium di Kuala Lumpur malam ini.

Jailani berkata Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa kepada menteri untuk memainkan peranan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai.

Dilaporkan bayaran langganan bulanan dinaikkan masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan pakej sukan mulai 24 November ini.

Penyedia perkhidmatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, dilaporkan berkata kenaikan itu buat pertama kali dalam tempoh dua tahun itu disifatkan sebagai peningkatan sederhana.

Tiada ulasan: