Isnin, 18 November 2013

Obesiti: Kaji Semula Tempoh Operasi Kedai 24 Jam - Subramaniam

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan bersetuju dengan saranan agar tempoh operasi kedai makan 24 jam disemak semula dalam usaha menangani obesiti, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya satu kajian lanjut mengenai perkara itu boleh dilaksanakan oleh pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan mengeluarkan garis panduan bagi mengehadkan tempoh operasi kedai terbabit.

"Walaupun kementerian setuju supaya kedai makan 24 jam ini dikurangkan, namun yang lebih utama sebenarnya adalah kesedaran individu itu bagi mengawal pemakanan mereka sekali gus mengelakkan obesiti," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini, Isnin.

Noraini ingin tahu sama ada kementerian itu bercadang untuk mengehadkan tempoh operasi restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti rakyat. -BERNAMA

Tiada ulasan: