Rabu, 20 November 2013

Ibrahim Ali habiskan masa dengan teh tarik

 

 
VIDEO l 3:04 mins 


Presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali menarik perhatian media hari ini, hanya selepas tiga jam dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menghina mahkamah.

Walaupun didenda RM20,000 dan penjara sehari serta dibawa ke lokap di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, beliau dilihat berada di kafeteria kita-kira jam 4 petang tadi.

Ibrahim, bersama peguam dan rakan-rakan dilihat sedang minum teh tarik.

Ditanya kenapa beliau keluar daripada lokap lebih awal daripada jam 5 petang, Ibrahim berkata, pegawai terbabit membenarkannya keluar selepas membayar denda.

Beliau bagaimanapun dimaklumkan supaya tidak meninggalkan kompleks mahkamah sehingga jam 5 petang.

Mengulas keputusan hari ini, Ibrahim walaupun menerima keputusan itu menafikan membuat kenyataan yang menghina mahkamah.

Katanya, beliau tidak pernah membuat sebarang kesalahan tetapi masalahnya apabila media memutar kenyataannya.

"Saya mangsa keadaan, mangsa media sosial," katanya.

Tiada ulasan: