Mohd Nor Hakim
PASIR MAS - Telinga seorang kanak-kanak, Mohd Nor Hakim Mohd Nawi, 11,
dari Kampung Padang Embun di sini, bagaikan sudah tidak sanggup untuk
mendengar bunyi letupan mercun.
Bunyi tersebut membuatkan dirinya trauma apatah lagi ia mengingatkan dia kepada peristiwa yang berlaku pada 25 Julai lalu.
Hatinya bertambah sayu setiap kali melihat raut wajahnya di cermin mengenangkan kecederaan yang dialami ekoran tindakannya cuba memanaskan botol yang diisi belerang dan pasir menggunakan surat khabar sebelum botol itu meletup menyebabkan serpihan kaca mengenainya.
Menyendiri dari orang ramai semenjak kejadian tersebut.
Mohd Nor Hakim yang merupakan anak kesembilan daripada 12 adik beradik itu bertukar menjadi kanak-kanak yang pasif dan banyak menyendiri.
Ibunya, Ropeah Ibrahim, 48, berkata, anaknya itu sehingga hari ini tidak berani untuk keluar dari rumah dan masanya banyak dihabiskan dengan berada di dalam bilik seorang diri.
“Apabila ditanya, dia hanya menjawab malu untuk keluar kerana semua orang sudah tahu apa yang berlaku.
“Lebih-lebih lagi luka yang ada di wajahnya masih belum sembuh sepenuhnya,” katanya.
Jika sebelum ini, Mohd Nor Hakim adalah seorang yang periang dan sering mengikuti ayahnya, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, ke masjid untuk solat terawih.
Tetapi semenjak kejadian tersebut, rutin hariannya itu langsung tidak dilakukan kerana perasaan malu yang menebal pada dirinya.
Tiada persiapan raya
Disebabkan itu juga, Mohd Nor Hakim langsung tidak memikirkan tentang sambutan Aidil Fitri yang bakal tiba.
Perasaan malunya itu menyebabkan dia tidak mahu keluar untuk membeli kelengkapan Hari Raya mahupun mendapatkan baju baru.
Mohd Nawi berkata, dia dan isteri berharap trauma anaknya itu tidak berpanjangan kerana setiap kali Hari Raya Mohd Nor Hakim adalah antara yang paling seronok dan akan beraya di setiap rumah jirannya bersama-sama adik beradik yang lain serta rakan-rakan untuk mengumpul duit raya sepertimana kanak-kanak lain.
“Saya berharap dia dapat melakukan perkara yang sama pada kali ini dan tidak mahu melihat dia terus menyepikan diri daripada orang ramai,” katanya.
Dapatkan rawatan selanjutnya di hospital
Selepas Hari Raya ini, Mohd Nor Hakim perlu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk menjalani rawatan susulan.
Mohd Nawi berkata, anaknya itu perlu membuat pemeriksaan semula mata serta jahitan dan pembedahan plastik yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Kami berharap semuanya akan berjalan lancar dan wajahnya dapat dikembalikan sepertimana asal untuk mengembalikan keyakinan dirinya yang sudah hilang,” katanya.
Mohd Nor Hakim sebelum ini menerima 14 jahitan ekoran kecederaan yang dialami di muka, mata, badan dan kakinya.
Nasihat kepada orang ramai
Mohd Nawi berkata, sebagai ibu bapa yang pernah mengalami nasib sebegitu, dia berpesan kepada orang ramai agar memantau apa yang dilakukan oleh anak-anak sepanjang musim perayaan ini.
“Hari Raya tidak akan meriah tanpa kehadiran bunga api atau mercun tetapi apa yang penting adalah semasa anak-anak bermain benda tersebut ia seharusnya di bawah pengawasan ibu bapa ataupun orang dewasa,” katanya.
Menurutnya, apabila perkara tersebut berlaku kegembiraan yang cuba dicari itu bertukar menjadi kesedihan.
Bagaimanapun Mohd Nawi yang bekerja sendiri itu berkata, dia dan keluarga redha dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai dugaan serta pengajaran yang perlu diambil ikhtibar oleh semua pihak.
Kisah ‘saintis cilik’ tidak bertauliah
Sebelum itu pada 25 Julai lalu, akhbar tempatan melaporkan tindakan seorang ‘saintis cilik’ tidak bertauliah yang cuba membuat bunga api sendiri mengundang padah apabila bahan uji kajinya itu tiba-tiba meletup mengakibatkan muka, badan dan kakinya cedera.
Kejadian yang berlaku pada jam 4 petang di Kampung Padang Embun , Tendong, Pasir Mas itu berlaku apabila pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Mohd Nor Hakim Mohd Nawi, 11, cuba memanaskan botol yang diisi belerang dan pasir menggunakan surat khabar sebelum botol itu meletup menyebabkan serpihan kaca mengenainya.
Mengimbau semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, berkata, ketika kejadian, anaknya cuba melakukan ‘eksperimen’ menggunakan mercun bola bersama empat lagi rakannya.
Katanya, mereka telah memasukkan belerang mercun itu ke dalam botol berisi pasir kononnya untuk menghasilkan bunga api.
“Anak saya kemudian bertindak membakar surat khabar yang digulung untuk memanaskan bahagian atas botol manakala rakan-rakannya memerhatikan dari jauh.
“Entah bagaimana botol itu tiba-tiba meletup dan berkecai menyebabkan serpihannya mengenai anak saya. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kira-kira pukul 5.30 petang,” katanya ketika ditemui.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan