Keadaan
kereta yang terlibat dalam nahas jalan raya sehingga mengorbankan tiga
nyawa di Kilometer 127.2, Lebuhraya Timur-Barat, dekat Jeli.
JELI - Kegembiraan empat sekeluarga pulang berhari raya di negeri ini
sempena Aidilfitri berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut
manakala seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya di Kilometer 127.2,
Lebuhraya Timur-Barat, dekat sini, semalam.
Pada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Lans Koperal Wan Sabri Wan Mamat, 33, isterinya, Nor Roslina Omar, 34, dan anak mereka, Wan Nur Husna berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi anak pasangan itu, Wan Nurhaqimah, 4, pula cedera dan dimasukkan ke Hospital Jeli, sementara pemandu treler, Ravidran S Ramasamy, 49, tidak cedera.
Nahas berlaku ketika kereta Proton Wira dinaiki keluarga itu dalam perjalanan ke Gerik, Perak dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan kepala sebuah treler tanpa muatan dari arah bertentangan.
Difahamkan, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Gerik, Perak selepas berhari raya di rumah ibu bapa Wan Sabri di Kampung Changgal, Pasir Puteh.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheikh Azhar Sheikh Omar berkata, Wan Sabri merupakan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Kampung Lalang, dekat Gerik, Perak.
“Jenazah mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat, manakala mangsa cedera dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
“Polis juga lakukan ujian air kencing, ujian darah dan ujian alkohol ke atas pemandu treler terbabit,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mat Yusoff Hamat berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk keluarkan mangsa tersepit.
“Kami terima panggilan kecemasan jam 10.40 pagi sebelum lima anggota dikerah ke tempat kejadian. Apabila sampai, didapati pemandu (Wan Sabri) dan penumpang sebelah pemandu (Nor Roslina) tersepit di tempat duduk masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum sudah dimaklumkan mengenai kemalangan yang mengorbankan anggotanya itu.
Menurutnya, pihaknya akan membantu apa yang patut bagi meringankan beban keluarga anggota berkenaan.
“Kita ada sediakan bantuan bagi anggota yang hadapi kesusahan atau kemalangan. Malah kita bercadang buat kutipan derma kilat untuk bantu mangsa,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan