Harakahdaily, |
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini bermakna Ahmad bukan menjadi MB kepada hampir 48.48% rakyat Trengganu yang telah menolak BN.
Katanya, bermakna juga Ahmad seolah-olah mengatakankan hanya separuh sahaja Trengganu yang akan dibangunkan iaitu di kawasan yang BN menang sahaja.
Malah beliau mengumumkan Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Ahmad dilaporkan berkata rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
“Inilah sikap pemimpin BN yang bebal dengan rakyat yang menolak BN. Sikap yang sama juga dizahirkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Ali Rustam apabila kalah di Parlimen Bukit Katil yang merakamkan kekesalan kepada rakyat yang menolak beliau dalam PRU13.
“Kami sangat kesal dengan sikap bebal yang jelas menunjukkan bahawa sebenarnya BNlah yang tidak boleh menerima kekalahan lalu rakyat menjadi mangsa,” ujar Mohd Azmi dalam satu kenyataan.
Tambahnya, sikap mendera rakyat apabila tidak menyokong BN semacam menjadi sebati dalam pemikiran politik pemimpin BN.
Jelas sekali, katanya sikap tidak demokratik malah sangat berbau politik tidak berrtamadun ini terserlah apabila seorang MB yang baru mengangkat sumpah akan berkhidmat kepada seluruh rakyat di hadapan Sultan tiba-tiba mangatakan "pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN".
Ini, katanya bermakna lafaz sumpah perlantikan MB untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat yang terkandung dalam lafaz angkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu adalah suatu pembohongan dan pengkhianatan bukan sahaja menyalahi Perlembagaan negeri malah mengkhianati Sultan sendiri.
Menurutnya, ini adalah pengkhianatan kepada janji yang pertama dilafazkan oleh seorang MB yang merasa terancam apabila hampir separuh rakyat Terengganu yang mengundi pada PRU13 menolak BN.
“Perdana Menteri harus menjelaskan adakah ini dasar pembangunan yang akan dilaksanakan di negeri-negeri yang diperintah oleh BN,” katanya.
Tambahnya, sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin BN ini menandakan natijah dari keputusan PRU13 telah menonjolkan pendirian dendam kepada rakyat.
“Kami mendesak samada PM memperbetulkan sikap Ahmad Said ini dan mengarahkan kenyataan itu ditarik balik atau mengesahkan bahawa inilah sikap yang diamal oleh semua pemimpin BN di negeri yang ditadbir oleh BN.
“Berdalih bahawa kenyataan Ahmad Said disalahfahami dan diputar belit tidak akan menyelesaikan isu ini selagi pendirian yang jelas dari PM tidak dikeluarkan,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan