Ahad, 26 Mei 2013

Tanpa ‘CIMB’, BN Sudah Tumbang


zunar kongres ke 9 PKR 01

PETALING JAYA : Tanpa bantuan dan sokongan ‘CIMB’ berkemungkinan besar Barisan Nasional (BN) sudah tumbang dan hanya akan memperolehi 30 peratus sahaja undi popular, tegas kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar.

“CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh,” katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini sambil meminta rakyat menolak ‘CIMB’.

Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak ‘CIMB’.

Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya.

“BN sedang menghadapi barah tahap ke-empat di mana hanya menunggu untuk dibedah dan disemadikan,” kata Zunar.

Beliau bersama-sama barisan kartunis berjuang secara kreatif melalui kartun untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Kenapa kita berjuang dengan kartun, sebab kerajaan sekarang adalah kerajaan kartun yang menyamar sebagai manusia.

“Kita banyak gunakan karikatur yang gelak berguling-guling sebab lepas gelak kita akan gulingkan kerajaan BN,” katanya beliau.

Tiada ulasan: