Isnin, 6 Mei 2013

Soi Lek tak akan pertahan jawatan presiden



 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak akan menyertai pemilihan parti akan datang, yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Chua yang mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini tidak menyatakan sebab untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Beliau memimpin MCA dalam pilihan raya 5 Mei, yang menunjukkan rekod paling buruk sejak menyertai pilihan raya umum.

MCA menang tujuh daripada 37 kerusi parlimen yang ditandinginya dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Pada 2008, MCA menang 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN.

"Saya terima kekalahan MCA dan parti ini tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

"Ini selari dengan keputusan sebulat suara yang diluluskan di EGM parti dan disokong sebulat suara oleh jawatankuasa pusat,” katanya.

Tiada ulasan: