MSO
Berita paling mengejut hari ini mungkin tindakan bapa si pembacuh
kopi, bernama Azlan Mohd Lazim yang membuat kenyataan menarik balik
mengenai dakwaan cerita anaknya kena liwat oleh Anwar Ibrahim sebagai
bohong. Pada 8 Mac lalu beliau telah membuat kenyataan kononnya kes
liwat terhadap anaknya sebagai satu konspirasi.
Beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan istikharah. Ertinya
pengakuan itu bukan main-main tetapi setelah mendapat petunjuk menerusi
sembahyang istikharah.
Sejejar itu beliau meminta maaf kepada Anwar dan keluarga kerana banyak menyusahkan Anwar.
Hari ini, menjelang empat hari, hari mengundi beliau membuat kenyataan
menarik balik semula dakwaan itu dan memohon maaf kepada anaknya dan
orang ramai. Dia telah reverse pula dan memohon maaf. Berapa kali maaf dahhhh...
Entah saya sejak mula-mula lagi tidak begitu tertarik dengan pengakuan
si bapa pembancuh kopi ini. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang anih
bakal berlaku ekoran tindakan itu. Hati kecil saya berkata tentu ada
agenda di sebalik pengakuan yang tergesa-gesa itu. Ia tidak mudah untuk
Anwar atau pihak PKR menerima pengakuan itu. Ternyata hari ini sangkaan
saya itu benar.
Biarkah Azlan hendak buat kenyataan apa-apa sekali
pun, buatlah. Hari ini rakyat sudah membuat keputusan mereka akan
melakukan perubahan. Cerita-cerita pak pandir seperti cuba ditayangkan
Azlan itu sudah tidak laku lagi. Ia akan diketawakan bukan saja oleh
orang tua yang tidak ada gigi tetapi oleh budak-budak Tadika juga. Hari
ini rakyat sudah lupa semua isu, sama isu di sebelah Pakatan Rakyat atau
BN. Walhasilnya yang kena sorak dan dijuah nanti ialah bapa pembacuh
kopi dan anaknya itu kerana berdolak dalih.
Kalau pun hendak buat sadiwara janganlah nampak sangat akan kebodohan.
Sandiwara yang tidak ada nilai umpama wayang yang tidak akan ditonton
oleh orang ramai. Kalau tidak ramai tonton kuranglah jualan tikit dan
kempislah poket. Kesian...
Saya rasa pengakuan undur belakang Azlan itu tidak akan memberi kesan kepada mood pengundi
hari ini. Pengundi sudah pun membuat keputusan parti mana yang mereka
akan pilih. Isu-isu seperti yang cuba dibawa oleh Azlan itu sudah tidak
mempengaruhi mereka lagi. Sebaliknya pengakuan reverse itu menyebabkan orang akan mencemuh dan mentertawakan kedua beranak itu.
Saat ini segala isu telah ditinggalkan oleh pengundi. Pengundi tidak
lagi mengenang apa juga isu sama ada dari Pakatan Rakyat atau UBN. Isu
kapal selem, Altantuya, cincin RM25 juta, lembu yang selalu dibangkitkan
Pakatan Rakyat tidak menjadi perhitungan pengundi lagi. Pengundi sudah
faham dengan isu-isu itu.
Begitu juga isu liwat, video lucah dan lucu, kalimah Allah dan
sebagainya juga tidak akan diperkirakan rakyat. Rakyat sudah lumat
mengunyahnya. Mereka sudah hadam sehabis-habisanya mencari kebenaran
atas segala isu-isu itu. Yang rakyat lihat hari ini isu calon dan
keperibadian calon. Keperibadan calon, kehebatan calon atau pun
kewibawaan calon yang menjadi perhitungan. Yang rakyat tengok dan
menilai hari ini apakah janji-janji batau menu yang disediakan oleh
kedua-dua parti.
Rakyat akan pilihan calon yang berwibawa untuk disangkutkan harapan
kepada negara. Sehubungan itu rakyat akan memilih parti untuk menjadi
pemeritah Malaysia. UBN sudah lebih 55 tahun rakyat sudah mengenali
parti itu luar dan dalam. Sekarang ini sudah sampai untuk mereka buat
perubahan.
Kepada Azlan selamat berdolak dalih dan rancanglah apa saja dengan
pembacuh kopi, apa juga pendedahan dan kejutan rakyat Malaysia tidak
akan pedulikan kamu lagi. Rakyat akan mencemuh dan membenci kamu sampai
ke bila-bila pun dan sejarah akan merakam segala apa yang berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan