SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Hatijah Aam, balu pengasas Al-Arqam,
Asaari Muhammad, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada pukul 11.30 pagi, hari ini.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman berkata
peranan polis dalam penahanan itu hanya sebagai membantu Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan.
"Penahanan Hatijah Aam bukan di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya
tetapi kita hanya membantu (Jais) sahaja," katanya ketika dihubungi
Bernama.
Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dari
Jeddah, Arab Saudi dan terus dibawa ibu pejabat Jais di Shah Alam,
Selangor.
Usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jais
mengenai siasatan yang dijalankan ke atas Hatijah bagaimanapun gagal. -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan