Ahad, 19 Mei 2013

Pas Selangor sambut baik formula 4-3-3

JAMILAH HAMZAH

Dr Abdul Rani Osman
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman
 
SHAH ALAM - Pas Selangor menyambut baik formula senarai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang diumumkan oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletakkan empat pemimpin parti itu pada penggal ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, setiap negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat (PR) mempunyai beberapa opsyen untuk menghantar senarai calon kepada menteri besar atau ketua menteri.

Menurutnya yang juga Adun Meru, Pas juga telah menghantar  lebih daripada empat senarai calon sebagai pilihan sekiranya berlaku penolakan oleh Sultan Selangor.

"Kita gembira Pas dapat empat kerusi dengan menggunakan formula 4-3-3.

"Ini keputusan Tuanku DYMM Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) untuk guna formula itu, kita tak boleh nak pertikai.

"Pas ikut pekenan sultan, kalau begitu, begitulah," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Abdul Khalid telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua selepas PR memenangi majoriti dua pertiga dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi Dun.

Pas dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi.

Tiada ulasan: