Sabtu, 4 Mei 2013

Pada hari terakhir kempen PRU13, propaganda palsu mula tersebar

TERKINI
Oleh Zurairi AR

KUALA LUMPUR — Dokumen dan cerita palsu mensasarkan parti Pakatan Rakyat (PR) telah mula tersebar sejak semalam, sebagai pertempuran Putrajaya semakin panas  pada hari terakhir berkempen.

Malam semalam, surat dikatakan ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali disebarkan melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) dan media sosial, mengatakan Majlis Syura Ulama menggesa ahli PAS agar tidak mengundi calon PKR dan DAP.

“Saya sebagai Timbalan Mursyidul Am dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat itu dan menyifatkannya sebagai langkah orang yang terdesak,” kata Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan di sini.

“Tidak ada dalam agenda kerjanya untuk Majlis Syura mengkaji tahaluf syiasi yang sudah begitu kemas yang dibuat oleh PAS dengan Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam surat palsu bertarikh 2 Mei, Majlis Syura juga dikatakan mendesak PAS untuk meninggalkan PR dengan segera kerana pakatan tersebut memecah belahkan dari memberikan keuntungan kepada parti.

Di Putrajaya beberapa risalah dan akhbar Harakah palsu diedarkan untuk menaikkan kemarahan pengundi terhadap calon PR dan PAS untuk kerusi tersebut, Datuk Husam Musa.

Satu risalah meminta pengundi Islam agar tidak “tidak menjadi emosional” terhadap penggunaan perkataan “Allah” oleh bukan Islam yang dikatakan sebagai sebahagian daripada kempen PR untuk pilihan raya.

Kempen Pilihan Raya 2013 sepanjang dua minggu lepas telah tercemar dengan papan iklan yang menunjukkan gereja merampas perkataan Allah dan risalah memberi amaran kepada umat Islam mengenai penggunaan perkataan “Allah” oleh kumpulan agama lain.

Sementara sebuah artikel palsu dalam Bahasa Inggeris dikatakan dikeluarkan oleh The Malaysian Insider bertajuk “Najib rating up to 73%, leads Anwar by 32% as M’sians top choice for PM” mula disebarkan sejak awal pagi tadi menggunakan dua nama wartawan The Malaysian Insider sebagai penulisnya.

Berita ini diubahsuai dari artikel asal The Malaysian Insider bertajuk, “BN,  Pakatan  in dead heat for Election 2013” mengenai tinjauan terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center for Opinion Research,  sebuah badan tinjauan bebas mengenai pandangan pengundi tentang peluang gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang PR untuk Pilihan Raya 2013.

Hari ini merupakan hari terakhir berkempen untuk Pilihan Raya 2013 dan semua parti dan calon bebas mempunyai masa untuk merayu undi sehingga tengah malam ini sebelum rakyat Malaysia mengundi esok.

Tiada ulasan: