Khamis, 16 Mei 2013

Najib simpan dua tempat untuk MCA dalam kerajaan baru, kata sumber

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

'The Malaysian Insider' difahamkan jawatan Menteri Pengangkutan disimpan untuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Gambar failKUALA LUMPUR, — Datuk Seri Najib Razak telah menyimpan dua kerusi untuk pemimpin MCA dalam pentadbirannya sebaik sahaja parti tersebut menjalani pemilihan dalaman dan mengubah pendirian untuk tidak bersama kerajaan disebabkan kerana kalah dalam pilihan raya, kata sumber.

MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam Pilihan Raya 2013 menyebabkan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menunaikan janjinya agar MCA tidak mengambil jawatan dalam Kabinet kerana prestasi lebih buruk dari pilihan raya umum 2008.

The Malaysian Insider difahamkan, jawatan Menteri Pengangkutan disimpan untuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai jika beliau berjaya memimpin parti itu selepas Dr Chua mengosongkan kerusi presiden parti

.Satu lagi slot disimpan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan.

“Jika Liow megambil jawatan itu sekarang, dia akan dipecat daripada parti dan tidak boleh bertanding jawatan presiden MCA. Jadi perdana menteri menunggu pemilihan MCA selesai terlebih dahulu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib menamakan 31 menteri dalam Kabinet semalam dengan satu-satunya menteri Cina adalah Presiden Transparency International Datuk Paul Low sementara Datuk Mary Yap Kain Ching dari PBS dijadikan timbalan menteri di Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi.

Perdana menteri juga menamakan Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk memangku jawatan Menteri Pengangkutan dan hanya menamakan satu timbalan menteri di Kementerian Kewangan dimana sumber mengatakan ianya disimpan untuk MCA.

Dalam Kabinet sebelum ini, terdapat enam menteri dan 10 timbalan menteri Cina, kedua-dua dari parti semenanjung dan Malaysia Timur.

Veteran MCA dan bekas-bekas presiden telah mendesak Dr Chua untuk berhenti dengan serta merta akan tetapi beliau menegaskan akan terus memimpin sehingga pemilihan parti selesai diantara Jun dan Disember.

Sumber BN mengatakan terdapat ketakutan Dr Chua mungkin mahu kekal sebagai presiden walaupun telah mengisytiharkan untuk meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab di atas kekalahan parti itu.

“Beliau menyiapkan senarai calon pilihan raya dengan penyokongnya dalam PRU13, supaya beliau boleh terus kekal. Macam-macam boleh terjadi walaupun beliau kata untuk tidak akan meneruskannya,” kata sumber BN itu.

Sumber lain dari BN mengatakan Dr Chua telah “menyerahkan” kerusi Parlimen Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan kepada Umno sebagai pertukaran untuk bebas memilih calon MCA di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bilik perang BN bersetuju dengan permintaannya tetapi seperti yang anda lihat, Umno kalah di ketiga-tiga kerusi Parlimen sama seperti MCA di kerusi lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ahli politik BN telah menyalahkan “tsunami Cina” untuk kelemahan prestasi mereka dalam pilihan raya 5 Mei walaupun penganalisis mengatakan gabungan itu hilang sokongan dari semua kaum di kawasan bandar, menunjukkan pertentangan bandar dan luar bandar.

BN hanya menang 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013, kurang dari 140 kerusi Parlimen dan 306 daripada 505 kerusi DUN dalam pilihan raya umum 2008.

Tiada ulasan: