Rabu, 1 Mei 2013

Najib Juga Gagal Hadir Debat Dengan Abdul Khalid


Debat Dengan Abdul Khalid 02

KLANG  : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal menghadirkan diri untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pemcapaian Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Debat Dengan Abdul Khalid 01
Abdul Khalid bersedia untuk berdebat setelah Najib membentangkan laporan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.

Najib bagaimanapun gagal hadir mahupun wakil selepas Abdul Khalid menunggu dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

“Kita minta beliau(Najib) hadir supaya dapat mendengar dan membincangkan manifesto kita, tetapi nampaknya memang tradisi BN tidak akan mengadakan atau berminat dengan perbahasan.

” Tapi tidak mengapalah. Kita percaya manifesto yang dibawa PR boleh dilaksanakan sebab kita banyak lakukan usaha-usaha dan sudah melaksanakan banyak perkara,” katanya kepada pemberita, di sini.

Abdul Khalid juga percaya manifesto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat(PR) lebih baik berbanding Umno-BN.

Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ; penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua ; penyandang DUN Sri Muda, Suhaimi Shafei dan calon Kota Alam Shah, Ganabatirau.

Debat Dengan Abdul Khalid 03

Tiada ulasan: