Lim Guan Eng
Reformasi pilihanraya yang menghormati prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai" boleh menyelamatkan demokrasi malaysia, integriti, kebebasan memilih, peluang saksama, kebajikan masyarakat dan keadilan untuk semua. Pilihan raya umum ke-13 adalah bersejarah kerana ini adalah kali pertama BN kehilangan undi popular dan Pakatan Rakyat memenangi majoriti yang jelas dengan undi popular sebanyak 50.9% berbanding BN 47.4% (tidak termasuk undi rosak dan calon bebas).
BN telah menerima 51.4% undi popular dalam pilihan raya umum 2008, jatuh 4% kepada hanya 47.4% pada pilihan raya umum tahun 2013. Sebaliknya, PR yang mencatatkan 47.6% dalam pilihan raya umum 2008 dan mendapat peningkatan sebanyak 3.2% dalam undi popular kepada 50.9% pada tahun 2013.
Walau bagaimanapun, amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya adalah satu penghinaan terhadap petunjuk penting prinsip demokrasi "satu orang, satu undi, satu nilai" oleh BN dalam 56 tahun yang lalu, lantas membenarkan BN untuk memenangi kuasa walaupun kehilangan undi popular.
Bagaimana mungkin PR yang memenangi 50.9% undi popular hanya mendapat 40% daripada kerusi? PR malah memenangi 7 kerusi tambahan daripada 82 menjadi 89, tidak menghampiri bilangan 110 pun daripada 222 kerusi Parlimen.
Pelanggaran terhadap keadilan ini paling jelas kelihatan di negeri Perak, di mana PR mengalamai peningkatan undi popular sebanyak 1.4% kepada 54.7% namun masih tewas kepada BN. Dalam pilihan raya umum 2008, PR menang kuasa di Perak walaupun hanya memenangi 53.3% undi popular.
Dalam keterdesakan untuk mengelak daripada menjawab mengapa BN mempunyai Perdana Menteri minoriti dan menjawab bagaimana BN memenangi kuasa walaupun kehilangan undi popular, BN, terutamanya UMNO dan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek, sebaliknya telah memilih untuk mengaitkan keputusan dengan sentimen perkauman, kononnya ia sebuah tsunami Cina dan malah bertanya "Apa lagi Cina mahu?".
Ini adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana ini bukan sebuah tsunami Cina tetapi tsunami rakyat Malaysia. Kalau pun terdapat apa-apa jurang, ia bukanlah jurang perkauman tetapi jurang antara bandar dan luar bandar kerana PR memenangi kebanyakan kerusi bandar di Malaysia. PR tidak mungkin boleh menang 51% undi popular dengan bergantung hanya pada undi Cina, yang membentuk hanya 25% daripada jumlah pengundi.
Dengan bertanya soalan provokatif, "Apa lagi Cina mahu?", UMNO dan MCA tidak menghiraukan kehendak orang Cina iaitu apa dikehendaki semua rakyat Malaysia. Tiada rasuah, tiada kronisme, nepotisme dan menamatkan penyalahgunaan kuasa. Sebuah kerajaan mesra rakyat yang mendengar keluhan rakyat, melakukan kerja kerakyatan dan memberi harapan kepada rakyat. Sebuah kerajaan yang menyediakan masa depan untuk golongan muda dan tidak mencuri masa depan dari golongan muda. Golongan muda tidak akan membenarkan BN untuk mencuri masa depan mereka dengan cara yang sama BN telah mencuri masa depan ibu bapa mereka.
BN tidak boleh mengabaikan suara dan undi 51% daripada rakyat Malaysia. DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang pulang mengundi dari luar negara, menghabiskan masa yang lama beratur mengundi dan telah nekad untuk membelanjakan apa sahja demi merealisasikan cita-cita mereka untuk perubahan. Tiga kumpulan wajar mendapat pengiktirafan khusus daripada DAP.
Satu, ialah pengundi kali pertama, ada dari kalangan yang berumur 60-an yang tidak pernah peduli untuk mengundi dalam kehidupan mereka. Dua, anak muda yang mencatatkan kadar keluar mengundi tertinggi dalam sejarah Malaysia disaksikan oleh barisan-barisan panjang dalam saluran mengundi terakhir. Ketiga wanita, yang ternyata mencatat rekod bukan sahaja di tempat mengundi tetapi juga dalam ceramah menderma dengan murah hati, melaungkan sokongan mereka dan menitiskan air mata mereka untuk menyokong laungan "Ubah".
DAP mencatatkan prestasi terbaik dalam sejarah bukan sahaja dengan memenangi 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, tetapi juga mempunyai wakil rakyat dari semua kaum - Melayu, Cina, India dan wakil rakyat Kadazan pertama. Kami juga berbangga mempunyai ahli parlimen dan ADUN wanita India pertama kami. Sambil kita meraikan kemenangan ini, marilah kita terus memberi fokus kepada kerja yang perlu kita lakukan untuk rakyat.
Rakyat memerlukan reformasi pilihanraya yang mencerminkan sentimen dan kehendak pengundi. Ini adalah tugas terdekat kita, tetapi bukan satu-satunya. Isu-isu lain yang mempunyai kepentingan negara juga memerlukan perhatian.
Kerajaan alternatif
Memanangkan Pakatan Rakyat mendapat lebih banyak undi popular di seluruh negara berbanding Barisan Nasional, DAP dan Pakatan Rakyat perlu bergerak di luar peranannya sebagai pembangkang di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang kita belum memenangi kuasa. Rakyat meletakkan harapan besar kepada kita dan kita tidak boleh mengecewakan mereka.
Kita berdiri sebagai kerajaan alternatif menunggu dan bukan semata-mata sebuah parti pembangkang.
Pakatan Rakyat - Kita komited untuk menjadikan Pakatan Rakyat pilihan yang berdaya saing sebagai kerajaan menunggu di peringkat persekutuan dan di negeri-negeri yang kita belum memenangi kuasa di samping memastikan bahawa negeri-negeri yang kita tadbir menunjukkan prestasi yang baik. Kita bersedia untuk meningkatkan usaha mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti dan bertindak secara bersama.
Kerjasama di kalangan parti-parti komponen Pakatan amat cemerlang di peringkat kebangsaan dan kebanyakan negeri dengan manifesto yang sama, belanjawan alternatif bersama dan mesyuarat majlis kepimpinan negara dan negeri yang kerap, yang dikendalikan oleh pelbagai sekretariat bersama. Kita kini perlu mengambil model Pakatan ke peringkat tempatan supaya kita bergerak sebagai Pakatan di peringkat tempatan.
Jalan Tengah Malaysia - Kita mesti meningkatkan usaha untuk membina kepercayaan merentasi sempadan etnik dan bergerak di luar asas sokongan yang sedia ada untuk mendekati ‘Malaysia Tengah’ dengan cara yang lebih mendalam dan bermakna. Banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk menjadikan DAP parti pilihan untuk semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.
Dalam penglibatan kita dengan rakyat Malaysia, kita tidak boleh menerima pakai model BN yang menggunakan sentimen perkauman untuk terlibat dengan rakyat. Tidak boleh ada "racial outsourcing" dalam kerja menarik minat rakyat. Semua wakil rakyat DAP dikehendaki untuk melibatkan diri dengan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua rakan-rakan rakyat Malaysia yang lain.
DAP menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti untuk semua dan bukan anti-Melayu, anti-Bumiputra atau anti-Islam. Malah, DAP adalah yang paling multi etnik berbanding parti-parti lain di Malaysia dengan wakil-wakil yang dilantik dari kalangan orang Melayu, India, Kadazan dan Cina, dan calon-calon dari kalangan Dayak.
DAP juga mempunyai delegasi wakil rakyat termuda berbanding parti-parti lain, dan bilangan wanita tertinggi di kalangan calon-calon. Ini adalah kekuatan kita yang kita mesti terus bina untuk menjadi parti pilihan rakyat Malaysia.
Membangun Masyarakat
Jangan silap, prestasi wakil rakyat kita adalah kunci kepada pemilihan semula pada masa akan datang. Semua wakil perlu berada di barisan hadapan dalam melibatkan masyarakat dan membantu mereka apabila bantuan diperlukan.
Tetapi saya ingin memperkenalkan satu konsep baru. Walaupun MCA, Gerakan dan MIC menyediakan "perkhidmatan", kita membina komuniti. Apa yang dipanggil "perkhidmatan" yang diberikan oleh parti-parti komponen BN biasanya kerja ad hoc yang menyembunyikan kegagalan sistemik kerajaan di semua peringkat terutama kerajaan tempatan.
Sambil kita terus membantu rakyat apabila mereka berhadapan dengan kerenah birokrasi, kita mesti bergerak melampaui sekadar menyediakan penyelesaian reaktif.
Selain menjadi reaktif, adalah penting untuk menjadi proaktif dalam membina masyarakat. Pilihan raya ini melepaskan tenaga yang besar daripada orang ramai dalam perkara-perkara politik. Sekarang kita perlu terus membina berasaskan penyertaan besar rakyat dalam proses pilihan raya dan menyalurkan gerakan rakyat ke dalam meningkatkan kesejahteraan orang ramai, terutamanya di negeri-negeri yang kita bukan kerajaan.
Kita akan menamakan pejabat-pejabat kita sebagai "pusat-pusat komuniti" dan bukan sekadar "pusat khidmat". Di sinilah tempatnya di mana kita mahu melibatkan diri dengan seberapa ramai rakyat Malaysia yang mungkin dan memberikan mereka platform untuk bekerjasama dengan orang lain demi memperbaiki keadaan persekitaran dan masyarakat mereka.
PRU13 telah mencetuskan sebuah gerakan politik di kalangan rakyat. Sebilangan besar rakyat Malaysia datang untuk menyelamatkan negara dengan menjadi agen kiraan undi, menderma, dan datang ke ceramah semasa pilihan raya. Jika disampaikan dengan betul, kita percaya bahawa mereka akan bersedia untuk mengambil bahagian dalam menanam pokok, gotong-royong, membantu masyarakat miskin dan lain-lain.
Peranan wakil rakyat kita bukan semata-mata untuk menyediakan "perkhidmatan reaktif" seperti yang ditakrifkan oleh parti-parti komponen BN. Kita berada di sini untuk membina masyarakat. Kita adalah pembina negara.
Pasca PRU13, kita membina sebuah gerakan sukarela sivik untuk menjadikan komuniti kita tempat yang lebih baik. Dengan meningkatkan kesedaran sivik dan usaha membina komuniti, kita bergerak ke arah PRU14 bersama masyarakat dan bukan hanya sebagai satu parti politik.
Di negeri-negeri di mana kita membentuk kerajaan, kita mesti terus mendengar keluh kesah rakyat dan untuk bekerja, untuk memimpin dan menjadi berani dalam membaiki dan memperbaharui institusi yang gagal.
Pendidikan Politik dan Badan Pemikir
Sekarang kita mesti mempersiapkan diri secara intelek untuk mentadbir dengan lebih baik daripada Barisan Nasional dengan idea-idea segar atau menyediakan idea-idea yang lebih baik walaupun dari bangku pembangkang.
Barisan Nasional bankrap ide-ide baru. Kita mesti membina sebuah gerakan ide-ide baru. Kita mesti melampaui paradigma lama dan bersedia untuk meneroka dan menggunakan ide yang baru.
Sebagai kerajaan alternatif, kita mesti mula melibatkan semua peringkat dan semua bahagian negara. Mendengar dan belajar daripada mereka adalah cara terbaik untuk maju ke hadapan bagi Malaysia di semua lapangan dasar.
Ini adalah penting terutamanya bagi negeri-negeri yang kita bercita-cita untuk memenangi kuasa dalam pilihan raya akan datang. Kita mesti memberi inspirasi keyakinan di kalangan rakyat bahawa kita sudah bersedia untuk memerintah, bahawa kita bukanlah klon Barisan Nasional tetapi mewakili sesuatu yang baru berbanding masa lalu yang gelap.
Semua ini memerlukan usaha jangka panjang untuk membina satu pasukan pemimpin yang berpengetahuan mengenai isu-isu urus tadbir dan dapat menyuarakannya dengan meyakinkan. Parti di semua peringkat mesti mengukuhkan pendidikan politik dan badan pemikir untuk bersedia ke arah itu.
Komunikasi
Walau bagaimana baik seorang wakil rakyat, tanpa menyampaikan ide-ide beliau secara berkesan dan mempamerkan prestasi beliau, tidak mungkin orang akan tahu.
Adalah penting untuk kita berkomunikasi secara berkesan sebagai wakil rakyat dan sebagai sebuah parti, dan diharapkan sebagai sebuah gabungan. Sebab-sebab mengapa Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dapat bertahan dengan serangan serangan ganas Barisan Nasional dalam PRU13 adalah kerana saluran komunikasi di negeri-negeri. Kerajaan Kelantan mempunyai mekanisme komunikasi rakan ke rakan yang kuat manakala Pulau Pinang dan Selangor membina saluran komunikasi kerajaan yang kuat untuk menentang pembohongan dari media Barisan Nasional.
Saya tidak mengharapkan persekitaran media untuk meningkat baik dalam penggal kedua di bawah Najib.
Tetapi sementara kita membantah terhadap layanan media yang tidak adil, kita tidak boleh berusaha setakat itu sahaja. Kita mesti membina saluran sendiri untuk mencapai audien yang lebih luas melalui media online, bahan-bahan bercetak dan penglibatan muka-ke-muka. Sebagai contoh, saya mengharapkan akhbar Roket versi Bahasa Malaysia untuk diedarkan secara tetap kepada semua pengundi-pengundi di kawasan yang kita ada wakil.
Mempertahankan Rakyat
Walaupun UMNO membalas dendam untuk kekalahan mereka dalam pilihan raya umum, terutamanya kegagalan untuk mendapatkan majoriti 2/3 parlimen, dengan menyalahkan orang Cina; MCA dan Gerakan berperangai kebudak-budakan dengan menutup pusat-pusat khidmat mereka. Rakyat tidak akan lagi menjadi mangsa kepada ancaman tersebut. MCA dan Gerakan lebih tutup kedai dan bukan sekadar pusat-pusat khidmat mereka.
Pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli perlu berusaha lebih dengan menggantikan BN sama ada MCA atau Gerakan, dalam berkhidmat kepada rakyat di mana MCA atau Gerakan telah meninggalkan rakyat.
MCA dan Gerakan terlalu memandang rendah harapan rakyat untuk perubahan jika mereka fikir menutup pusat khidmat atau pejabat mereka sebagai membalas dendam kerana kekalahan dalam pilihan raya umum boleh menakut-nakutkan pengundi. DAP tidak menutup pejabat atau pusat khidmatnya apabila kita kalah dalam setiap pilihan raya umum sejak 1966 sehingga 2008 tetapi terus berjuang untuk rakyat.
Semua ini dilakukan apabila UMNO menjadikan kedua-dua DAP dan masyarakat Cina sebagai penjahat kerana berani melawan dan mengundi menentang BN. Rakyat Malaysia tidak lagi bodoh dan tidak akan membenarkan BN memainkan isu-isu nasional dengan sentimen perkauman.
Sebaliknya setiap perkara perlu dibincangkan dan diputuskan berdasarkan merit tanpa berasaskan sentimen kaum tetapi berasaskan keperluan. Ini adalah anjakan paradigma baru pilihan raya umum kali ini - bahawa rakyat telah muak dan bosan dengan politik berasaskan kaum dan pelampau serta memilih dengan jelas untuk dasar-dasar mesra rakyat yang memberi perubahan kepada kehidupan rakyat biasa.
Marilah kita membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah lebih kuat daripada orang-orang yang berkuasa!
LIM GUAN ENG IA LAH KETUA MENTRI, PULAU PINANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan