Isnin, 13 Mei 2013

Kit Siang nafi slogan ‘Malai-seh’, gelar Zul Noordin ‘penipu tak bertanggungjawab’

TERKINI
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA

 Lim Kit Siang: Mencemuh Zulkifli Noordin sebagai calon ditolak. — Gambar failKUALA LUMPUR— Lim Kit Siang menafikan hari ini beliau dan DAP mahu kematian orang Melayu dengan menggunakan terma “Malai-seh”, mengatakan Datuk Zulkifli Noordin melakukan hasutan dan jenayah fitnah dengan petuduhan itu. 
 
Lim seringkali menjadi sasaran pemimpin berhaluan kanan Melayu — menuduhnya di belakang rusuhan kaum terburuk dalam sejarah, mengatakan kenyataan Zulkifli adalah penipuan oleh seorang yang ditolak rakyat dalam Pilihan Raya 2013.

“Selepas ditolak di Shah Alam oleh orang Melayu, beliau terus mengatakan penipuan yang tidak bertanggungjawab,” kata Lim kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di sini.

“Sekarang dia bercakap tentang 13 Mei, menuduh saya bertanggungjawab terhadap rusuhan dan slogan ‘Malai-seh’. Semuanya tidak semuanya benar, saya tiada di Kuala Lumpur pada ketika itu.”

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengatakan pertuduhan itu hanyalah “khayalan” dalam minda Zulkifli dan menerangkan perkataan “Malai-seh” tidak pernah dikaitkan dengan dirinya atau mana-mana pemimpin DAP dalam Kertas Putih mengenai insiden 13 Mei 1969.

Beliau menambah Kertas Putih telah menyatakan perarakan haram telah diadakan dan slogan “Malai-seh” dilaungkan pada ketika itu akan tetapi ia tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana individu.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter semalam, Zulkifli menuduh Penasihat DAP Lim Kit Siang di belakang rusuhan 1969, dikala pemimpin Umno terus-menerus menyalahkan keputusan pilihan raya minggu lepas sebagai “tsunami Cina” yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013, membuat pertuduhan dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut.

“Esok 13 Mei ... ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M’sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!,” tulis Zulkifli melalui akaun Twitternya @zulkiflinoordin lewat malam tadi.

Akan tetapi bekas ahli Umno Tamrin Ghafar telah membersihkan Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 dengan mengatakan Umno sendiri di belakang rusuhan tersebut.

Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba mengatakan beliau diberitahu oleh bekas menteri dalam negeri, Tun Ghazali Shafie, insiden 13 Mei disebabkan oleh rampasan kuasa dalaman Umno terhadap Bapa Kemerdekaan Negara Tunku Abdul Rahman.

Menurut rekod polis, 196 orang terbunuh dalam rusuhan diantara kumpulan Melayu dan Cina, beberapa hari selepas keputusan pilihan raya umum.

Dalam pilihan raya 1969, gabungan Perikatan Umno, MCA dan MIC hilang undi popular tetapi menang pilihan raya.

Lim mengatakan beliau menganggap kenyataan Zulkifli itu sebagai “kenyataan menghina” akan tetapi tidak mengatakan sama ada akan mengambil tindakan terhadap bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu dan melabelnya sebagai “terdesak”.

“Jika beliau mengatakannya semasa kempen, tindakan serta merta saya sudah pasti mengambil tindakan saman dan laporan polis boleh dibuat, atau tindakan undang-undang diambil.

“Sekarang saya menganggapnya sebagai perkataan menghina,” katanya.

Apabila dihubungi, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan Zulkifli telah hilang hak untuk mewakili rakyat Malaysia selepas kalah di kerusi Parlimen Shah Alam di tangan penyandang Khalid Abdul Samad dari PAS.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menambah, kenyataan Zulkifli “mencerminkan Umno hari ini”.

“Umno menjadi semakin kanan kerana mahu menyelamatkan undi mereka yang semakin kurang,” katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti PR, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.

Semenjak DAP menjadi sasaran serangan Umno, ia telah disokong oleh rakan PR PKR dan PAS yang sebahagian besarnya adalah Melayu.

Tiada ulasan: