Isnin, 27 Mei 2013

Ketua Pemuda MIC lepas jawatan tahun depan

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC T. Mohan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu tahun depan berikutan usianya yang akan mencecah 41 tahun - had umur untuk memegang jawatan itu.

"Saya telah memegang jawatan ini sejak Mei 2008...walaupun tidak memegang jawatan kelak, saya tetap memberikan sokongan kepada muka baharu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cadangan menjadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal, beliau berkata ia belum sesuai dilakukan pada masa ini.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohan tewas kepada Dr Xavier Jayakumar dari Parti Keadilan Rakyat dalam pertandingan lima penjuru merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Andalas. - Bernama

Tiada ulasan: