Rabu, 1 Mei 2013

Keputusan PRU 13 Parlimen Shah Alam : Khalid Samad (PKR) VS Zulkifli Nordin (BN). Ibu Negeri Selangor Menjadi Milik Siapa?

Staff Berita Semasa 
 
Khalid Samad VS Zulkifli Nordin

Keputusan PRU 13 Parlimen Shah Alam : Ya…pertembungan Zulkifli Nordin mewakili Barisan Nasional dan Khalid Samad, PAS di kerusi Parlimen Shah Alam semestinya bakal menarik perhatian banyak pihak termasuk penganalisa politik negara memandangkan Zulkifli dilihat seteru yang ampuh untuk menewaskan Khalid Samad. Itu kata mereka….

Kalau dulu, Zulkifli Nordin dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu bertanding atas kerusi PKR, namun kemudian disingkirkan daripada barisan kepimpinan PKR setelah berlaku pergolakan dalaman berkaitan penggunaan isu kalimah Allah apabila Zulkifli Nordin tetap mempertahankan pandangannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan orang bukan Islam, sebaliknya kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuklah juga Majlis syura Pas pula berpandangan sebaliknya mengenai isu kalimah Allah tersebut.

Keputusan PRU 12 Parlimen Shah Alam VS

keputusan pru 13 shah alam

Manakala Khalid Samad pula berada dalam kelompok pendokong idea bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam atas alasan orang bukan Islam di tanah Arab juga menggunakan perkataan Allah untuk mewakili tuhan namun kalimah suci itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah Allah ini.

Pertembungan dua nama yang cukup terkenal dalam arena politik Malaysia ini pasti akan menimbulkan beberapa polemik :
  • sementara pula pencalonan Zulkifli Nordin yang mewakili BN kini kedengaran ditolak sebahagian penyokong UMNO di Shah Alam sendiri
  • manakala Khalid Samad pula ditolak sebahagian penyokong Pas di kawasan yang sama atas pelbagai faktor.
Zulkifli dilihat oleh sebahagian penyokong UMNO sebagai bukan calon pilihan memandangkan beliau dianggap sebagai ‘orang luar’ yang menumpang di kerusi Shah Alam. Ini menimbulkan persengketaan dalaman di mana kebanyakan bahagian UMNO masing-masing sebenarnya sudah mempunyai calon “sesuai” bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

Sebaliknya berbeza pula masalah dengan Khalid Samad yang didakwa sebahagian penyokong Pas Shah Alam sebagai pemimpin yang “kurang bekerja” di kawasan parlimen Shah Alam. Malah sebahagian penyokong Pas Shah Alam menyebut beberapa nama yang lebih berkelayakan untuk bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam berbanding Khalid Samad yang dilihat hanya pandai berkata-kata, namun kurang mapan dari segi pelaksanaan gerak kerja.

Video Zul Nordin Hina Hindu (India)? ......DI SINI

Alih-alih, ketika menjelang Pilihan Umum ke 13 (PRU13) ini, keluar pula satu video yang membuatkan ramai rakyat bangsa India panas punggung akibat daripada penghinaan Zul Nordin terhadap mereka.

Gambar India Cium Zulkifli Nordin

Zulkifli Nordin telah pun mengemukakan permohonan maafnya secara ikhlas terhadap kaum India atas kenyataan penghinaan beliau dalam video tersebut. Dan ciuman dibawah seakan memberi “ciuman harapan” kepada Zul Nordin untuk yakin bahawa pengundi berbangsa India akan menykong beliau.

Walau apa-apa pun, kerusi Parlimen Shah Alam Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) menjadikan antara kerusi panas kerana akan memperlihatkan pertembungan bukan sahaja antara dua politikus popular, tetapi juga melihatkan pertembungan antara idea dan aspirasi serta bagaimana mereka memperjuangkan ideologi dan pegangan mereka, terutama sekali, dalam isu agama.

Bagi rakyat Shah Alam, diantara Zulkifli Nordin dan Khalid Samad, pemimpin manakah yang anda rasa sesuai dan layak untuk mewakili dan memperjuangkan suara anda di Parlimen menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13)?

Tiada ulasan: