Ahad, 5 Mei 2013

Helikopter terbalik, Hishammuddin terselamat

AHMAD ISMADI ISMAIL
Helikopter terbalik, Hishammuddin terselamat
Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi. - Foto Bernama
 
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik.

Rombongan menteri dalam perjalanan pulang dari Johor.

Tiada ulasan: