Masalah terbesar kebanyakan golongan pertengahan di kawasan bandar hari ini, apa dia? Kalau tidak bukan mendapat satu kediaman untuk mereka berteduh pada harga yang berpatutan.
Di mana mereka berjaya memiliki kediaman sendiri dan dalam pada masa
yang sama pemaju tidak menekan pembeli dengan menjual pada kadar
keuntungan 100% seperti yang berlaku pada kebanyakan projek perumahaan
hari ini.
Nah…..itu sebablah Datuk Seri Najib
Razak tampil dengan idea PR1MA ini dengan menawarkan harga mampu milik
kepada anda semua. Harga?
Harga rumah yang dirasakan sesuai dan
“mampu milik” kepada semua adalah RM400,000 ke bawah. Dengan bayaran
bulanan sekitar RM2,000 sebulan untuk tempoh jangkahayat pinjaman selama
tempoh 40 tahun, anda bakal berjaya memiliki rumah mampu milik di
kawasan bandar. “Tahniah!”
Sekitar 2 tahun dahulu, kami pernah
menyentuh mengenai kadar harga rumah yang diletakkan di bawah skim
perumahan PR1MA yang wajar disemak semula. Semakin tinggi paras harga
rumah yang ditawarkan di bawah satu skim yang memberi peluang kepada
rakyat Malaysia memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar, pastilah
pemaju akan menggunakan kesempatan untuk membina rumah-rumah yang mampu
menjana keuntungan yang berlebihan kepada mereka.
Sumber : KLIK SINI
Kalau ikutkan kawasan Bukit Raja agak
elit juga disebabkan dekat dengan Setia Alam & berdekat dengan
beberapa lebuhraya utama di Lembah Klang. Harga rumah sekarang
terutamanya projek-projek baru lebih mahal berbanding subsale.
Disebabkan kebanyakan projek-projek baru ini, pembeli tidak perlu bayar
deposit sehingga 10% & setem duti, S & P pun ada dikecualikan
atau mendapat potongan diskaun. Semuanya kos-kos ini dimasukkan sekali
dalam harga rumah tersebut.
Cuma meletakkan “kata-kata penarik” bagi
rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 1,310 kaki persegi & 1,38o
kaki persegi di bawah harga RM400,000 adalah di bawah harga pasaran?
Benarkah? Mengapa tidak berterus-terang?
Namun, kalau kerajaan benar-benar
berhasrat untuk membuat rumah mampu milik pun, buatkanlah dalam
lingkungan RM150,000 hingga 300,000 tidak kira lokasi mana-mana. Jikalau
di kawasan bukit Raja Klang contohnya, memang elok diperbanyakan lagi apartment 3 bilik, keluasan keluasan dalqm 1,000kps. Harga tawarkanlah sekitar RM150,000 sahaja. Insyaallah ramai yang akan mampu beli.
Jika yang merencanakan projek perumahan
mampu milik di Malaysia berpijak di Bumi yang nyata, sesuai dengan tahap
disposable income (sebelum beli rumah) rakyat lepas tolak belanja itu
ini, rumah mampu-milik sepatutnya dalam lingkungan :
- RM80,000 – RM120,000 (apartment)
- RM200,000 – RM250,000 (teres setingkat)
Projek PRIMA VS Projek Setia Alam?
Ya…..memang betul harga RM200,000 pun
di bawah paras RM400,000. Tetapi apabila disebut RM400,000 bermaksud
rumah paling mantap dalam projek perumahan PR1MA adalah berharga sekitar
RM400,000 untuk rumah teres 2 tingkat. Sepatutnya, perbanyakkan lagi
rumah apartmen, townhouse ataupun rumah setingkat kawasan-kawasan
bandar.
- Projek perumahan di Setia Alam rumah teres 2 tingkat intermediate (luas lantai 2000kps) harga yang ditawarkan adalah sekitar RM500,000. Dan jikalau diterjemahkan keluasan rumah kepada nilai sekaki persegi adalah RM250
- Manakala projek PR1MA dengan maksimum 1380kps bagi jualan harga pada paras tertingginya adalah RM400,000?
- Baiklah. Di antara projek perumahan PR1MA VS projek elit Setia Alam mana satu sebenarnya rumah mampu milik?
Bukit Raja dengan Setia Alam tidaklah
jauh mana pun antara satu sama lain. Adakah projek Setia Alam sebenarnya
‘lebih PR1MA’ berbanding PR1MA yang dilancarkan baru-baru ini oleh
Datuk Seri Najib. Kami pulangkan persoalan ini kepada anda untuk
diperdebatkan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan