Isnin, 20 Mei 2013

DAP: Senarai exco S'gor belum muktamad

MALAYSIA KINI


 
DAP Selangor berharap rundingan bagi pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri yang sedang berlangsung akan dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hari.

NONETimbalan ketua DAP Selangor Tony Pua berkata tiada lagi isu berbangkit dalam soal tersebut dan ia akan diselesaikan dengan kata sepakat dalam Pakatan Rakyat.

"Tiada komen lanjut sehinggalah agihan kerusi itu dimukmatadkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua menghadiri satu mesyuarat tergempar bersama menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga pengerusi DAP Selangoer Teresa Kok dan anggota exco DAP Selangor Teng Chang Khim.

Pua pagi ini mengadakan sidang media bagi membantah peruntukan tiga kerusi dalam exco Selangor untuk parti tersebut.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Khalid berkata DAP akan diberi kerusi speaker DUN dan juga kerusi senator.

Pua dalam sidang medianya bagaimanapun berkata DAP Selangor dijanjikan empat kerusi exco dan PAS serta PKR masing-masing tiga kerusi, selain kerusi speaker untuk PAS.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat selama setengah jam di antara ketiga-tiga parti pada hari Khamis lalu.

Tiada ulasan: