Isnin, 6 Mei 2013

Dalam PRU13, BN menang kawasan Melayu, Pakatan menang bandar

Oleh Jahabar Sadiq
Editor

 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama ketua parti lain meraikan kemenangan sempena pilihan raya umum di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, 6 Mei, 2013. — Gambar Reuters ANALISIS — Ada dua Malaysia; satu dari golongan Melayu yang mengembalikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kesan kempen 1Malaysia yang diharapkan dapat mengembalikan Kedah dan kerajaan meskipun hanya dengan majoriti kecil pada Pilihan Raya 13.

Satu lagi merupakan golongan rakyat berbilang kaum yang telah memberi lebih banyak undi serta kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di bandar-bandar dan pekan-pekan, menunjukkan pertambahan jurang antara kawasan pedalaman dan kota di sebuah negara yang sedang pesat membangun.

80 peratus daripada 12.9 juta pengundi keluar mengundi semalam merupakan satu rekod baru yang membawa kepada saingan sengit antara BN dan PR bagi merebut kemenangan selain mengukuhkan lagi idea wujudnya sistem dua parti di Malaysia.Selain itu, majoriti Melayu terbahagi kepada mereka yang bersyukur terhadap BN yang telah memajukan Malaysia selama tempoh 56 tahun pemerintahan parti tersebut atau golongan yang percaya dengan kempen gabungan tiga parti yang menjanjikan kesamarataan serta menolak amalan rasuah dan kronisme yang dikatakan sinonim dengan parti pemerintah tersebut.

Akhirnya BN menang 133 kerusi Parlimen dan PR menang 89.

“Saya rasa mereka berasa teruja dengan kempen pembangkang, kerana itulah ada sedikit perubahan undi… dan banyak sentimen yang dibangkitkan, ada yang berbau perkauman, yang turut dimainkan dalam pilihan raya kali ini, adalah tidak sihat untuk negara kita,” kata Najib kepada wartawan di ibu pejabat UMNO awal pagi tadi selepas kemenangan majoriti mudah diumumkan, mengesahkan BN kembali ke Putrajaya.

“Saya memang ada jangka tapi tidak menjangka sehingga ke tahap ini. Tiada antara kami menjangka sampai sebegitu. Namun begitu, walaupun ada perubahan undi namun BN tidak jatuh,” tambahnya lagi.

Kempen 1Malaysia Najib yang merupakan sebahagian daripada kempen beliau untuk sebuah negara berpendapatan tinggi nyata telah mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu yang merupakan majoriti daripada 40 peratus golongan bawahan yang dijanjikan perubahan dalam kempen tersebut.

President UMNO itu telah bekerja keras di bawah pelbagai inisiatif, termasuk memberi bantuan kewangan serta membentuk agensi bagi membantu pembinaan perumahan kos rendah bagi golongan miskin kota yang tidak mampu menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tiada ulasan: