Khamis, 23 Mei 2013

BN menang selesa tiap kali persempadanan semula



 
Parti pemerintah BN biasanya mendapat kejayaan selesa dalam pilihan raya setiap kali persempadanan semula kerusi pilihan raya dibuat, kata Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Dalam sejarah Malaysia, BN secara puratanya mendapat undi popular sehingga 60 peratus setiap kali selepas persempadanan semula dilakukan, kata timbalan pengarah Umcedel Amer Saifude Ghazali dalam sebuah forum semalam.

Beliau juga berkata, berdasarkan undang-undang, syarat-syarat persempadanan semula amat longgar bagi mencapai perwakilan seimbang.

Katanya, tiada juga garis panduan jelas atau pemetaan untuk proses persepadanan semula, yang seterusnya menyebabkan kawasan parlimen baru dibentuk antara dua kawasan parlimen sedia ada.

Amer berkata demikian dalam forum anjuran pusat kajian bebas Merdeka Centre di Petaling jaya semalam.

Tiada ulasan: