Jumaat, 24 Ogos 2012

Tunjong: MB mahu kawasan sawah padi dikekalkan

Rizal Tahir,
KOTA BHARU: Lebih RM600 juta diperuntukkan untuk pembinaan Tunjong Pavilion yang bakal dimajukan di atas tanah seluas 11 ekar.
 
Projek pembangunan yang memakan masa selama lima tahun itu dimajukan Maarij Development Sdn Bhd.

(Gambar: Tuan Guru bersama wakil pelabur.)

Turut mengambil bahagian memajukan Tunjong Pavilion itu, tujuh syarikat swasta termasuk agensi pelancongan kerajaan negeri.

Antara syarikat terbabit  antara tujuh syarikat atau pihak yang mengendalikan majlis perjanjian itu, MRCA, International Disigner, Swiss Garden International Sdn Bhd, Mydin Mohamed Holding Sdn Bhd.

Turut member kerjasama bagi memajukan projek di Tunjong Pavilion, Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), Digi Telecommunication Sdn Bhd dan Pusat Pelancongan Kelantan.

Majlis perjanjian persefahaman disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Ketua Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah, serta pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang lain.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berharap pemaju mengekalkan sawah padi yang ada di sekitar Tunjong itu sebaik mungkin.

Menurutnya, ia khazanah peninggalan masyarakat Kelantan yang amat bernilai.

“Andai tiada lagi kawasan penanaman padi, tidak akan ada lagi sejarah penanaman padi yang menjadi kegemilangan masyarakat Kelantan sejak sekian lama,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Maarij Sdn Bhd, ketika berucap pada majlis itu memberitahu, dengan penubuhan tourism hub dan situ, ianya akan menjadi pusat pelancongan yang terkenal di rantau ini.

“Ianya juga akan menjadi pusat kediaman serba moden, pusat membeli-belah dan hub pelancongan yang terkenal di Pantai Timur.

“Dengan pembentukan pakatan bijak dengan kumpulan Swiss Garden, Sky Bridge dengan Mydin Hypermarket memberi kemudahan kepada pelawat dan orang ramai,” ujarnya.

Tiada ulasan: