Khamis, 16 Ogos 2012

Trend k’jaan bebaskan tahanan ISA sebelum Syawal – Syed Ibrahim




Oleh Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, setakat ini tiada sebarang petunjuk tahanan akan dibebaskan menjelang Aidilfitri.

“Masih belum wujud tanda-tanda 45 tahanan akan dibebaskan sebelum hari raya yang semakin hampir.

“Biasanya ini merupakan ‘trend’ kerajaan dan mereka akan bebaskan dua atau tiga orang sebelum raya, tapi sehingga sekarang masih belum ada perkembangan yang diperolehi,” kata Syed Ibrahim ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya, GMI akan menumpu perhatian terhadap keluarga tahanan bagi meringankan beban mereka tanpa suami di sisi.

“Fokus kami sekarang lebih kepada membantu dari segi kebajikan isteri dan keluarga tahanan,” katanya.
Pada minggu ketiga Julai lalu, tiga tahanan ISA dibebaskan.

Pembebasan itu dipercayai hasil kempen berterusan GMI dan rakyat Malaysia untuk membebaskan 45 tahanan termasuk kesan daripada mogok lapar oleh tahanan di kem Kamunting itu.

Mereka yang dibebaskan adalah S Loganthan, warga Malaysia, P Valentine Jayakumar, warga Sri Lanka dan Malik Rehmat Ali Syakir dari Pakistan.

Mereka semua ditahan pada 2010 kerana didakwa menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ibrahim memberitahu, kempen Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA akan dilanjutkan sehingga hujung September ini berikutan sambutan perlahan orang ramai.

“Kita terpaksa melanjutkan pemberian kad ucapan hari raya kepada tahanan memandangkan kempen kurang memberangsangkan dan agak perlahan.

“Kita akan gunakan pendekatan lain, seperti E-Kad pula yang lebih memudahkan orang ramai menyampaikan ucapan untuk para tahanan dan berkolaborasi dengan parti politik,” jelas beliau.

Kempen Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA dilancarkan oleh GMI 15 Julai lalu bertujuan meneruskan momentum kesedaran rakyat mengenai isu 45 baki tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang belum dibeba

Tiada ulasan: