Rabu, 15 Ogos 2012

Tanda Putera ditayang mulai 15 November

SITI JULIANA MOHD JOHAR

Tanda Putera diboikot?
Shuhami Baba
 
PETALING JAYA - Filem Tanda Putera, yang berhadapan dengan kontroversi dan sepatutnya ditayangkan pada 13 September ini akan menemui penonton pada 15 November.

Perkara ini berikutan tarikh itu dilihat sesuai bersempena dengan permulaan cuti sekolah hujung tahun, sekali gus bagi memberi lebih ruang dan masa kepada penerbit, Pesona Pictures dan Finas untuk merancang promosi.

Pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata: "tarikh penundaan ini tidak menjadi isu kepada kami dan kami semua bersetuju dengan tarikh baru ini."

Katanya, tarikh 15 November dilihat paling sesuai kerana ia merupakan permulaan cuti sekolah dan juga memberi kami banyak masa untuk mempromosikan filem ini.

Shuhaimi yang turut dikenali dengan panggilan Shumi menafikan penangguhan adalah disebabkan desakan daripada mana-mana parti politik.

Kekecohan mengenai filem ini terjadi sejak treler filem yang berdurasi 90 minit itu diedarkan di Internet, kononnya menampilkan watak seorang ahli politik DAP.

Menjawab pertanyaan itu, Shumi dengan tegasnya menafikan perkara terbabit.

"Watak itu sama sekali tidak ada kena-mengena dengan ahli politik yang dimaksudkan."

"Saya tidak faham kenapa filem ini hendak dipolitikkan sedangkan jalan ceritanya menekankan penceritaan bagaimana Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak diduga," katanya lagi.

Ahli politik yang dimaksudkan ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tiada ulasan: