MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
diminta menimbang semula cadangan pendaftaran secara automatik rakyat
Malaysia berusia 21 tahun sebagai pengundi, yang dikemukakan kepada
Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, SPR perlu mengambil kira cadangan Putera MIC pada satu pendengaran umum itu kerana majoriti daripada 3.3 juta yang layak mengundi adalah anak muda.
"Ia cadangan yang baik dan Pakatan (pakatan pembangkang) sentiasa mengalu-alukan pembaharuan seperti ini, tanpa mengira sama ada ia dikemukakan parti komponen pembangkang atau Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.
Loke yang juga Anggota Parlimen Rasah, berkata, melalui langkah itu SPR dan semua parti politik boleh menggunakan sumber mereka untuk menjalankan kegiatan lain. - BERNAMA
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, SPR perlu mengambil kira cadangan Putera MIC pada satu pendengaran umum itu kerana majoriti daripada 3.3 juta yang layak mengundi adalah anak muda.
"Ia cadangan yang baik dan Pakatan (pakatan pembangkang) sentiasa mengalu-alukan pembaharuan seperti ini, tanpa mengira sama ada ia dikemukakan parti komponen pembangkang atau Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.
Loke yang juga Anggota Parlimen Rasah, berkata, melalui langkah itu SPR dan semua parti politik boleh menggunakan sumber mereka untuk menjalankan kegiatan lain. - BERNAMA
10 ulasan:
Betul.. Perlulah dikaji sebaiknya mengenai perkara ini. Tambahan lagi ini untuk kebaikan kita semua.
Mereka yang layak perlu mendafatar sebagai pengundi.
Sebagai rakyat M'sia perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Sekarang ni di pejabat pos pun perlu bagi IC saja dan mereka akan buat pendaftaran tapi memang lagi mudah kalau mereka yang umur 21 tahun ke atas automatik didaftarkan sebagai pengundi.
Terdapat lebih 4.38 juta atau 28.3 peratus daripada kira-kira 15.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih. Bilangan ini akan bertambah secara puratanya hampir 500,000 orang setiap tahun. Sebelum ini SPR membelanjakan RM200,000 setiap tahun untuk membiayai pendaftaran pemilih..
Pendaftaran pemilih baru ini memerlukan promosi dan pemantauan daripada pihak SPR. Petugasnya perlu menjaga kaunter-kaunter daftar pemilih di tempat orang ramai seperti di pasar raya, program-program kemasyarakatan dan seumpamanya.
Taklimat, mesyuarat, pengendalian kaunter daftar pemilih, pengesahan daftar pemilih dan pelbagai lagi aktiviti perlu dilaksanakan oleh SPR. Semua ini melibatkan kos tambahan kepada SPR.
Jika SPR di peringkat negeri-negari termasuk Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM20 ribu setahun untuk tujuan ini maka dalam tempoh 4 tahun, wang rakyat yang akan dibelanjakan adalah sebanyak RM1.12 juta.
Jika dijumlahkan, perbelanjaan yang diperlukan keseluruhannya akan mencecah RM3.52 juta. Kos yang tinggi ini dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan bersetuju untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik.
Pelaksanaan secara automatik merupakan kaedah yang lebih efisyen dan efektif dalam proses pendaftaran pemilih baru selain dapat menjimatkan penggunaan duit rakyat dan tenaga kerja.
Antara contoh negara-negara yang mengamalkan pendaftaran pemilih secara automatik adalah Indonesia dan Autralia. Rakyat tidak perlu beratur panjang dan penolong pendaftar pilihanraya tidak perlu dilantik.
Pihak SPR hanya perlu mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan senarai warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun. Kemudian data ini akan diproses menjadi senarai daftar pemilih baru.
Tugas ini sangat mudah dan dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Maka terpulanglah kepada pihak kerajaan sama ada mahu membuat pindaan terhadap perlembagaan negara atau mahu membiarkan pembaziran tenaga dan wang rakyat bagi mendaftarkan pemilih baru. Tepuk dada tanyalah kehendak kerajaan.
Catat Ulasan