Rabu, 15 Ogos 2012

Senator BN mahu semak undang-undang ketika ‘Internet Blackout Day’


 
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Senator Gan Ping Sieu mahu Putrajaya menyemak semula undang-undang yang mengancam kebebasan hak asasi di internet apabila kebanyakan organisasi hari ini — termasuk Majlis Peguam — tidak menggunakan internet kerana kempen 'Internet Blackout Day' hari ini.

Naib Presiden MCA (gambar) itu adalah wakil rakyat ketiga daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta kerajaan melakukan perkara itu apabila Putrajaya meminda Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang mana menjadikan mana-mana kedai kopi menawarkan perkhidmatan WiFi turut berisiko diambil tindakan terhadap kesalahan hasutan dan jenayah atas kesalahan dilakukan pelanggan mereka.

“Saya menuntut kerajaan menyemak semula pindaan Akta Keterangan, lebih spesifik Seksyen 114A dan mengambil peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan saya terhadap pindaan ini, yang mana memberikan kempen ke seluruh negara untuk kerajaan menyemak dan meluluskannya dalam sidang Parlimen.

“Akta ini bakal memberikan kesusahan kepada mereka yang tidak bersalah jika ditangkap atas dakwaan penyalahgunaan Internet, seperti ‘hacking’ pencuri identity; penipuan, seperti ‘Tweet-jacking’, termasuk pembekal perkhidmatan Internet di pusat membeli-belah, kedai kopi, dan kawasan awam lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Akta baru itu memperuntukan pengguna Internet berdaftar adalah penerbit untuk mana-mana penerbitan dihantar daripada komputer yang dihubungkan dengan servis talian, kecuali sebaliknya dibuktikan.

Seksyen berkenaan turut memperuntukan “sesiapa namanya, gambar, atau  pseudonym tertera dalam mana-mana penerbitan menunjukkan dirinya sebagai pemilik, host, editor atau sub editor, atau menerbit mahupun menerbitkan semula yang telah diterbitkan kecuali ianya bertentangan.”

Gan mencadangkan kerajaan menggantikan klaus sedia ada dengan alternatif bagi membolehkan pemberi khidmat Internet memberikan kerjasama untuk agensi penguatkuasaan untuk membantu siasatan dalam penyalahgunaan Internet daripada memperkenalkan “hukuman” kepada pemilik laman web atau pemilik “hardware.”

Menurutnya, terdapatnya keperluan untuk kerajaan untuk memperkenalkan kaedah baru bagi mengatasi masalah berkaitan Internet yang bersembunyi disebalik pengguna identiti palsu dan menyebarkan kenyataan bersifat rasis secara online, namun mengakui akta baru itu gagal untuk melaksanakan perkara itu.

“Buat masa ini, Seksyen 114A Akta Keterangan gagal untuk menguruskan perkara itu dengan berkesan,” katanya.

Majlis Peguam semalam telah membuat rayuan seminggu selepas ia dikuatkuasakan pada 31 Julai.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,  Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut menyatakan sokongan terhadap pendirian menentang akta baru itu.

“Kami mendesak ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak untuk menarik balik Seksyen 114A.

“Bagi menggantikan seksyen berkenaan, kami menggesa kerajaan mengadakan proses yang lebih telus dan terbuka untuk draf tersebut bagi mengatasi masalah jenayah siber dengan mengadakan perbincangan awam dengan pihak berkepentingan,” kata Majlis Peguam.

Kempen menentang akta baru itu yang mengancam kebebasan bersuara online hari ini mengadakan Internet Blackout Day dengan menutup laman-laman web mereka hingga esok.

Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ) berkata, Majlis Peguam telah mengesahkan mereka akan menutup laman web mereka bagi menyokong kempen tersebut dan DAP menutup kesemua laman web mereka pada 14 Ogos.

Lim Kit Siang dan peguam Edmund Bon mula offline untuk 24 jam bagi kempen tersebut. Antara lain termasuklah Datin Paduka Marina Mahathir, Hishamuddin Rais (Tukar Tiub), Uppercaise, Nat Tan, Niki Cheong, Anil Netto, Juana Jaafar, Sarawak Bloggers, Fahmi Fadzil dan myasylum.

Tiada ulasan: