Jumaat, 3 Ogos 2012

Prasarana harus tunjukkan dokumen bidaan George Kent, kata Pua

 
 
KUALA LUMPUR — Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua hari ini berkata Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) harus menunjukkan dokumen berkenaan dengan projek kontroversi pembinaan tambahan LRT Ampang, dengan membuktikan mengapa konsortium George Kent patut mendapat kontrak tersebut.

Prasarana pada Selasa lalu telah mengumumkan bahawa George Kent-Lion Pacific (GKLP-JV) telah berjaya mendapat kontrak tersebut, dengan George Kent berkata semalam ia bernilai RM956 juta.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli telah berulang kali menuduh bahawa perdana menteri telah campur tangan dalam pembidaan tender tersebut dan menganugerahkan kontrak itu kepada George Kent, yang beliau dakwa dimiliki oleh “kawan rapat” perdana menteri, dan mendapat markah terendah penilaian teknikal dan komersial dalam projek tersebut.

“Beban dari segala persoalan ini kepada kerajaan persekutuan untuk membuktikan bahawa tidak ada salah guna kuasa dalam penganugerahan tender kepada George Kent,” kata Pua (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

“Perkara terbaik untuk kerajaan untuk menghapuskan segala tuduhan terhadap kronisme ini ialah dengan menunjukkan segala dokumen dalam penganugerahan projek ini — dari dokumen tender hingga penyerahan projek, kepada kertas penilaian yang telah diaturkan oleh Prasarana dan panel konsultan serta minit mesyuarat dalam membuat keputusan yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan berkenaan dengan penganugerahan projek ini,” kata Pua.

Tiada ulasan: