Jumaat, 3 Ogos 2012

PKR mahu pemberi maklumat dilindungi

TERKINI


PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengatakan mereka sedia untuk melindungi pemberi maklumat (whistleblower) dengan erti yang sebenar, selepas dakwaan ke atas Rafizi Ramli dan seorang bekas pegawai bank terhadap pendedahan maklumat terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Pengarah strategi PKR itu yang kini diikat jamin, mengumumkan penubuhan Pusat Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) untuk melindungi pemberi maklumat akan datang yang mungkin takut selepas dakwaan terhadapnya semalam.

Dia berkata Malaysia tidak mempunyai badan bebas yang boleh memantau akauntibiliti Parlimen dan syarikat berkaitan kerajaan, dan juga pemimpin tertinggi kerajaan.

“Semua orang sepatutnya boleh bergerak bebas. Kita perlukan pemantauan yang berterusan untuk institusi ini,” katanya lagi.

“Dakwaan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Najib tidak serius dalam pemberian maklumat ini, walaupun telah meluluskan Akta Pemberi Maklumat 2010.

“Mereka (pemberi maklumat) ini sepatutnya dilindungi, bukannya diburu, diugut dan kemudian didakwa,” katanya lagi.

Rafizi berkata dia telah berusaha untuk menubuhkan pusat tersebut, tetapi dengan dakwaan semalam dia terpaksa mempercepatkan pelancarannya.

Pusat itu, tidak kira apa parti akan menjadi badan awam yang akan memantau pemberi maklumat, serta melindungi mereka yang memberi maklumat tentang skandal dan pendedahan.

Kata Rafizi, pusat itu ditubuhkan dengan berpandukan model di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dan akan menggunakan dana, derma dan geran untuk disalurkan kepada “Tabung Melindung Pemberi Maklumat”.

“Hanya sekiranya pusat ini didirikan, pemberi maklumat akan terus rasa takut, sekarang kita telah membina kekuatan kewangan dengan dana ini supaya kita dapat memberi perlindungan kepada pemberi maklumat.

“Kita percaya jika kita memberi mereka bantuan guaman dan kewangan, mereka akan rasa lebih selamat, dan memberi harapan kepada masyarakat dan negara untuk tampil ke hadapan.

“Patriot sebenar bukannya mereka yang menyanyi lagu ‘Janji Ditepati’,” katanya sambil mengkritik slogan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Patriot sebenar ialah mereka yang berani berdiri bila ada ketidakadilan berlaku.”

Rafizi bagaimanapun bersetuju bahawa mungkin integriti pusat ini akan dipertikaikan, terutamanya sekiranya ada pemberi maklumat mahu mendedahkan kesalahan dari Pakatan Rakyat (PR), tetapi dia berharap lebih ramai lagi akan tampil ke hadapan untuk menyertai inisiatif ini.

Dia berkata dia yakin dengan kesanggupan pemimpin PR untuk disiasat sekiranya ada kesalahan, dengan berkata ini sejajar dengan pendirian Pakatan yang anti rasuah.

“Kami tidak ada kewangan yang cukup pada masa ini, tetapi saya perlu mencari lebih banyak dana. Bila kita sudah mampu berdiri, kita berharap lebih ramai lagi orang untuk latihan atau sebagainya,” katanya lagi.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata kepada sidang media bahawa pindaan ke atas Akta ini adalah perlu untuk memastikan pemberi maklumat yang memilih untuk mendedahkan maklumat ini kepada media juga perlu dilindungi.

NOW, yang kini menjadi badan berdaftar, berpusat di Sungai Besi akan dilancarkan oleh parti pada 30 Ogos, sehari sebelum Hari Kebangsaan.

Derma sudah boleh dibuat dengan nama akaun Maybank Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd (562441603039).

Rafizi, yang pernah membongkar tentang skandal National Feedlot Centre (NFC), telah didakwa kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan maklumat sulit berkenaan NFCorp.

Syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat, telah menjalankan projek penternakan lembu kerajaan persekutuan yang skandal bernilai RM250 juta.

Dakwaan itu dibawah Seksyen 97(1) di dalam BAFIA apabila Rafizi mendedahkan empat akaun bank yang melibatkan dengan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience and Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dengan dua orang individu yang dikenali sebagai Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Di bawah Seksyen 103(1)(a) akta yang sama, dia boleh didenda maksimum RM3 juta dan dipenjara hingga tiga tahun jika didapati bersalah, yang boleh menjejaskan peluang Rafizi untuk menjadi calon dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada April tahun depan bila kerajaan memerintah BN tamat tempoh mandatnya.

Bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad, yang didakwa kerana membantu Rafizi dalam mendedahkan akaun tersebut atas Sekysen 112(1)(a) BAFIA, yang dibaca bersama dengan Seksyen 91(1) akta yang sama kerana bersubahat mendedahkan maklumat bank.

Dia juga bakal menghadapi hukuman yang sama dengan Rafizi jika didapati bersalah.

Kedua Rafizi dan Johari mengaku tidak bersalah atas tuduhan bila dibaca di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mereka berdua kemudian diikatjamin sebanyak RM15,000 oleh ahli dewan undang negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, pengarah komunikasi PKR, sebagai penjamin.

Perbicaraan bermula pada 10 September.

Tiada ulasan: