Beliau hari ini menyuarakan rasa tidak gembiranya terhadap apa yang didakwa sebagai “amalan perhubungan awam” dalam tempoh empat bulan.
Beliau mendakwa SPR sebaliknya mengemukakan banyak alasan untuk mengelak daripada melaksanakan syor tersebut.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Loke, antara sembilan anggota PSC berkata, mekanisme bagi membolehkan pengundi luar negara mengundi masih belum dilaksanakan.
Selain itu, tambahnya, garis panduan terhadap kerajaan sementara selepas parlimen dibubarkan dan membersihkan daftar pemilih juga belum dilaksanakan.
Katanya, SPR sebelum ini diberikan 45 hari sehingga 3 bulan selepas laporan dibentangkan di Parlimen pada 2 April tetapi tiada yang dilakukan sehingga hari ini.
“Selepas laporan PSC dibentangkan di parlimen, sudah empat bulan berlalu. Tetapi SPR masih belum menunjukkan komitmen untuk melaksanakan cadangan yang dibuat,” tambah Loke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan