Khamis, 2 Ogos 2012

Lamanweb NFC dirosak penggodam anti-Umno


MALAYSIA KINI
 
 
 
Sehari selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah atas tuduhan mendedahkan akaun kewangan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Salleh Ismail, lamanweb rasmi NFC digodam.

Kandungan laman web dirosakkan dan digantikan dengan mesej anti-Umno yang menyokong Rafizi.

Mesej lain menuntut NFC kembalikan kepada rakyat pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan.

Terdapat juga imej-imej yang berkaitan dengan pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) dan kartun yang mempersendakan NFC, Umno dan BN.

Tiada ulasan: