Khamis, 2 Ogos 2012

K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM753,000

 
Hafiz Yatim


 
Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM753, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.

NONERamli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya.

"Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya.

"Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu.

Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: