MALAYSIA KINI
Mahkamah
Persekutuan diberitahu isu dana khas kawasan pilihan raya yang
dibangkitkan anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar tidak
boleh dilakukan semakan kehakiman kerana perkara itu berkaitan
pertimbangan dasar dan prerogatif pengurusan.
Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy berkata perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri atau Pengarah Pejabat Pembangunan Perak (PPN Perak).
Beliau berkata isu tidak perlu didengar di Mahkamah Tinggi kerana surat PPN Perak bertarikh 26 Julai 2010 kepada Dr Jeyakumar menjelaskan secara terperinci peruntukan RM1.5 juta membabitkan 47 projek di Sungai Siput.
Narkunavathy berkata semua kawasan pilihan raya di Perak berhak menerima peruntukan khas itu, yang disalur menerusi ICU dan PPN Perak.
"Maklumat yang dipohon perayu (Dr Jeyakumar) sudah berada di Mahkamah Tinggi serta diperjelas dalam Parlimen, yang jelas menunjukkan ia membabitkan pertimbangan dasar dan garis panduan perbendaharaan bagi kelulusan peruntukan itu," katanya.
"Dana khas ini bukan hanya untuk kawasan pilihan raya terbabit malah ia juga disalur kepada badan bukan kerajaan di kawasan itu," katanya.
Narkunavathy turut memaklumkan panel lima hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif bahawa peruntukan itu tidak disalurkan terus kepada wakil rakyat sebaliknya diurus oleh kedua-dua responden.
Panel itu turut dianggotai empat lagi hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarof dan Datuk Suriyadi Halim Omar.
Narkunavathy juga berkata sehubungan itu, Dr Jeyakumar tidak mempunyai asas untuk meminta Mahkamah Persekutuan campur tangan dan rayuannya perlu ditolak.
Sementara itu, peguam Datuk S Ambiga berkata keputusan Mahkamah Rayuan perlu diketepikan dan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 25 Feb 2011 dipulihkan.
Pada 10 Oktober tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Dr Jeyakumar tidak boleh mencabar keputusan agensi kerajaan yang menolak permohonannya untuk mendapatkan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya bagi melaksanakan beberapa projek di Sungai Siput.
Mahkamah itu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan anggota Parlimen tersebut membuat semakan kehakiman bagi mencabar keputusan agensi kerajaan berkenaan.
Ambiga berkata kes itu melibatkan kepentingan awam dan Mahkamah Persekutuan perlu campur tangan untuk dilihat telah bertindak adil dalam perkara tersebut.
"Apa yang perayu pohon di sini ialah beliau dibenar membuat semakan kehakiman untuk membolehkan semua pihak didengar sepenuhnya, sebelum isu itu diputuskan memandangkan kes ini boleh dianggap sebagai kes ujian," katanya.
Beliau berkata aduan utama Dr Jeyakumar ialah garis panduan bagi peruntukan itu dan apa yang sepatutnya diperoleh semua Anggota Parlimen.
"Semua anggota Parlimen harus dilayan secara adil. Apa yang kami pohon di sini bukanlah sesuatu yang imun untuk semakan kehakiman," katanya.
Mahkamah Persekutuan kemudian menangguhkan keputusannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Pada 29 Oktober 2010, Dr Jeyakumar memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman dan menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Pejabat Pembangunan Perak dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Beliau mengemukakan permohonan itu bagi mencabar keputusan Pejabat Pengarah Pembangunan Perak yang menolak permohonannya untuk mendapatkan peruntukan daripada dana khas kawasan pilihan raya.
Beliau memohon peruntukan khas itu untuk disumbangkan kepada SMK Shin Chung, SJK methodist dan Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan serta untuk sumbangan projek kecil bagi faedah penduduk kampung Orang Asli.
Antara lain, Dr Jeyakumar memohon satu deklarasi bahawa peruntukan dana khas kawasan pilihan raya mesti disalurkan sama rata kepada semua Anggota Parlimen tanpa mengira kaitan politik mereka mengikut Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
Dr Jeyakumar juga memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi penjelasan berhubung bidang kuasa dalam mengagihkan dana daripada Peruntukan Khas Kawasan mengikut budi bicara mereka selain menuntut mengetahui prosedur mengeluarkan peruntukan itu sejak 2008. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan