Selasa, 21 Ogos 2012

Irfan gembira sambut Aidilfitri

Wartawan Sinar Harian

logo nur irfan
logo nur irfan
 
SHAH ALAM - Adik Muhammad Nur Irfan Abdul Shukor, 3, yang menghidap salur injap jantung sempit sejak lahir, menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.

Ibunya, Wahiedah Abdul Wahid, 43, berkata, sambutan raya tahun ini beri kegembiraan buat anaknya berbanding tahun sebelum ini.

Menurutnya, tahun lalu, Irfan menghidap demam panas ditambah dengan penyakit jantungnya yang semakin serius, Aidilfitri juga disambut dengan kesedihan memandangkan waktu itu kesihatan Irfan semakin membimbangkan.

“Sejak kebelakangan ini kesihatannya semakin baik, Irfan juga semakin aktif bermain, hari ini (semalam), kami beraya di Bukit Gambir Muar rumah neneknya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, walaupun persiapan raya dibeli saat akhir, tapi kemeriahan beli baju raya masih terasa keseronokannya.

Ditanya mengenai tarikh baru pembedahan Irfan, katanya, mereka masih menunggu keputusan Institut Jantung Negara berhubung tarikh pembedahan anaknya.

“Saya berharap selepas Aidilfitri ini, kami dapat mengetahui tarikh pembedahan dengan cepat. Kami sekeluarga tidak sanggup melihat Irfan semakin menderita dengan penyakit
yang dihadapinya,” katanya.

Orang ramai yang prihatin dengan penderitaan adik Irfan, boleh salur sumbangan di akaun Maybank tertera.

Tiada ulasan: